“Dak-Dak TikTok Yang Over, Gelabah Lebih,” – Fahad Iman ‘Lega’ Keluarga Okay & Tak Toksik

Share

Sejak 1 Syawal yang lalu, rata-rata platform media sosial dibanjiri foto dan video yang memaparkan warga maya mengenakan pelbagai jenis busana hari raya.

Selain mengenakan tema sedondon, ada juga yang mahu sepersalinan mereka tampil berbeza daripada kebiasaan.

Terbaru, tindakan pelakon, Fahad Iman yang mengenakan Baju Melayu Hitam nyata menarik perhatian ramai pihak.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, baju raya yang dikenakan Fahad dilihat agak berbeza kerana ia mengenakan potongan ‘crop top’.

@fahad.iman My raya fit. ✌🏼 #hariraya #fyp #fashion ♬ Hari Mulia – Sheila Majid

Video berkenaan telah menarik perhatian ramai pihak sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pemilihan fesyen baju melayu tersebut selain turut tertanya-tanya reaksi ahli keluarga dan saudara mara selepas melihat Fahad mengenakan pakaian sebegitu rupa.

“Opah kau tak marah ke bang pakai baju macam ni?

“Dunia fesyen okay sahaja tapi kalau pakai baju melayu yang asli lagi menawan.

“Perutku tak boleh relate sebab berbumper-bumper.

“Kalau macam ni, lepas solat baru boleh pakai bang. Takut nanti orang cakap tak solat.

“Aku pakai ni nanti, ada selambak yang keluar,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.

Dalam pada itu, menerusi video berasingan, Fahad turut berkongsi reaksi keluarganya yang tidak mempunyai masalah dengan fesyennya itu ketika beraya di kampung.

@fahad.iman Replying to @𝐌𝐢𝐪𝐚 ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

“Nasib baik saya tiada family member yang toksik. Ni ha, raya pertama dekat rumah nenek dengan saudara mara.

“Semua relax dan chill sahaja. Budak-budak Tik Tok je yang over, menggelabah lebih,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok, Instagram Fahad Iman

Published by
Aizam Manaf