Pelawak, Lan Pet Pet tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung dakwaan dia telah memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, Lan memberi tahu, ketika dia sedang memandu di hadapan Kedutaan Rusia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dia ternampak penghantar makanan terbabit sedang menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di tengah-tengah jalan.
Bimbang perbuatan pemuda berkenaan bakal mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan memutuskan untuk menegur dan bersemuka dengan individu terbabit.
“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.
“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.
“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Video berdurasi 24 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu nyata menarik perhatian ramai pihak sehinggakan menjadi antara topik hangat dikalangan netizen.
Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu dilihat telah merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh beberapa orang awam.
Pada masa sama, Lan juga dikatakan telah melemparkan kata-kata amaran buat individu berkenaan.
Ads
Dalam pada itu, Lan turut memaklumkan dia juga telah pun membuat laporan polis terhadap individu yang telah merakam dan menyebarkan video tersebut.
“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.
Ads
“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.
“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.
Lan turut menambah, dia sebolehnya mahu isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik sebelum menjelangnya hari raya.
“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.
“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” akhirinya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti semua sedia maklum, rapper, Altimet telah pun memutuskan untuk bersara daripada industri seni tanah air bermula pada tahun 2019.
Bagaimanapun, sebelum pengunduran dirinya itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah pun mengadakan sebuah konsert khas sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan industri dan juga para peminat.
Terbaru, penyanyi lagu Amboi ini turut mendedahkan dirinya berasa amat terharu selepas mengetahui rata-rata rakan artis yang turut serta menjayakan konsert tersebut telah menolok untuk menerima pembayaran.
“Ni kira pesta kita kita ni. Fun fact: majority guest artist yang buat persembahan malam tu menolak bayaran yang kami bagi.
“Ada yang action ambik cheque pastu tak bank in sampai sekarang. Aku sangat terharu. Thanks guys, I appreciate our friendship fr fr,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di laman Twitter.
Tambah Altimet lagi, ada juga segelintir artis yang telah mengambil check pembayaran tetapi sehingga kini masih lagi belum membuat sebarang transaksi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa rindu bila mengenang kembali momen-momen pada malam konsert terakhir Altimet itu.
Sumber: Twitter Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, Amar Baharin ada memberikan dedikasi terhadap isteri tersayang, Amyra Rosli menerusi Instagram.
Ucapan tersebut diberikan Amar buat Amyra yang juga pasangannya menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun mempunyai kira-kira 5 juta pengikut di platform terbabit.
Secara seloroh, Amar menitipkan katanya di ruangan kapsyen iaitu;
“Daddy: Awak tahu tak apa beza awak dengan 5 Juta followers awak?
.
Mommy: Apa dia?
.
Daddy: 5 juta tu follow awak… tapi awak sentiasa follow saya solat lengkapkan jemaah saya #chiachiachia
.
Congrats Mommy 5M followers.
Selebriti popular Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu.
“Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
Malah, bekas hos program MeleTop itu turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
“Saya ada pasukan di Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh membangunkan majlis dan memanggil ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang. Jadi saya menggunakan mereka ini untuk menjayakan majlis khas buat selebriti.
“Itulah misi kami. Pada awalnya saya mengajak rakan selebriti dengan menghantar Whatsapp pada seorang demi seorang. Saya mahu mereka rasa dekat dengan mereka. Habis saja satu majlis, mereka mahu datang majlis berikutnya. Jadi insya-Allah saya akan cuba buat majlis ini secara bulanan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, ada berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan Neelofa di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dihadirinya secara senyap-senyap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!