Susulan tindak tanduk yang pernah disifatkan pelik di media sosial oleh sesetengah jetizen, pelakon Iqram Dinzly menegaskan itu bukanlah dirinya yang sebenar.
Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, apa yang dipertontonkan di media sosial itu adalah merupakan karakter keduanya yang diberi nama Prince Chiki Dinzly.
“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.
“Prince Chiki Dinzly adalah karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.
“Karakter saya tidak kisahlah sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendakwa memiliki lima lagi karakter lain yang belum ditonjolkan kepada umum.
Ads
“Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.
“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.
“Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, Iqram bakal tampil dengan drama bersiri baharu berjudul Cinta Hilang Kata.
Ads
Menerusi drama arahan Kyoll Hamzah itu, Iqram digandingkan dengan dua pelakon wanita baharu iaitu Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.
Mengulas mengenai kedua-dua aktres tersebut, Iqram berkata dia yakin Sophia dan Nelissa mempunyai masa depan yang cerah selain merupakan generasi pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian.
Ads
“Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Sophia dan Nelissa.Dua-dua pelakon baharu yang saya tengok mempunyai potensi besar untuk menyerlah.
“Tak mustahil satu hari nanti nama mereka akan jadi besar dalam industri,” kata Iqram lagi.
Cinta Hilang Kata akan ditayangkan bermula 18 Julai ini di saluran Astro Prima, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Ia turut dibintangi Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan Hariz Hamdan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ayu Damit menyifatkan penantiannya selama enam tahun untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) akhirnya berbaloi tahun ini.
Jelas bintang kelahiran Sabah ini, dia sebolehnya mahu menyertai pertandingan hiburan realiti itu sejak musim awal ia diterbitkan.
“Saya cuba untuk sertai pertandingan ini sejak musim pertama lagi. Saya tunggu dan tunggu.
“Jadi tahun ketujuh baru dapat peluang. Rasa gembira dapat peluang ini, apatah lagi apabila berjaya mara ke peringkat akhir. Alhamdulillah,” katanya.
Meski prestasinya tidak begitu konsisten, namun Ayu komited untuk cuba memberikan yang terbaik.
“Walau ada naik turun dalam kedudukan saban minggu sebelum ini, bila dapat tempat ketiga, jadi satu kepuasan buat diri-sendiri,” katanya syukur.
Sebelum ini, Ayu yang sinonim menerusi single Hanya Di Mercu, mengakui pernah tersilap langkah hingga menyebabkan kerjaya nyanyiannya kurang menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya kepada Media Hiburan, meski pelbagai naskhah diketengahkan, namun ia dilihat masih kurang berjaya mengembalikan sinaran populariti yang pernah dikecapi.
Lalu, Ayu mengambil peluang yang ada di GV7 untuk membuktikan kebolehan, seterusnya cuba memberikan yang terbaik buat yang tidak putus memberikan sokongan.
“Ini satu pentas yang besar. Malah suami turut cakap, penyertaan dalam GV7 ini mungkin satu platform terbaik untuk buktikan yang diri ini masih lagi aktif menyanyi.
“Dah lama tak keluar televisyen, jadi inilah peluang terbaik kembali perkenalkan diri semula. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, konsert akhir GV7 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Astro Ria dan Ria HD malam tadi menyaksikan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar diumum sebagai juara, sementara Muss di tempat kedua.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Senarai bintang Gegar Vaganza musim 8 (GV8) telah diumumkan dalam satu sidang media khas sebentar tadi.
Berikut ialah senarai nama-nama figura popular yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu bakal menjadi sebutan di GV8. Siapa pilihan korang untuk bergelar juara?
Adibah Noor
Nikki Palikat
Aweera
Ani Maiyuni
Upiak Isil
Azan Scan
Aliff Aziz
Suki
Dato’ Fazley Yaakob
Bandi Amuk
Shidee
Senario (Saiful Apek, Yassin)
Nico
Konsert mingguan GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November 2021 di Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!