Pelakon, Elisya Sandha berang dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa keputusannya berpindah ke rumah baharu disebabkan bergaduh dengan ibu mentua yang juga merupakan pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusli.
Jelas Elisya, tuduh tersebut amat berat dan boleh mejejaskan keharmonian keluarga.
“Keluarga sangat penting buat saya. Saya tak kisah kalau orang nak bercakap mengenai saya tapi jangan keluarga saya.
“Bila ada yang mendakwa tindakan saya keluar daripada rumah mentua kerana bergaduh dengan mama Sheila, hal itu memang tak berlaku langsung.
“Bagi saya, itu bukan kontroversi tapi fitnah,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia dan suami hanya mahu hidup berdikari seperti keluarga-keluarga baharu yang lain.
“Bila sudah berkeluarga, pasti kita mahu rasai pengalaman hidup sendiri. Saya hanya berkongsi video rumah baru dan keluarga mentua melawat saya tapi lain pula tanggapan orang.
“Saya baru bercakap dengan suami yang saya stess. Bila duduk rumah mentua, orang kata, tak nak duduk rumah sendiri ke? Bila keluar, katanya bergaduh pula. Ada sahaja yang tak kena.
“Jadi, suami minta saya tidak melayan dan fokus dengan keluarga,” ulasnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) baru-baru ini.
Katanya lagi, perkara seperti ini secara tidak langsung telah mengguris hati keluarga mentuanya.
“Saya sebenarnya tak mahu pun melayan dakwaan-dakwaan tersebut tetapi bila Mama Sheila bertanyakan kepada saya, kenapa orang cakap begitu? Jadi, saya harus jelaskan kepada umum.
“Mama dan papa sangat sedih dan terasa. Kalau mereka diam saya tidak akan buat apa-apa kenyataan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Elisya mendedahkan dia dak suami kini sedang membiasakan diri hidup di rumah sendiri.
“Alhamdulillah, setakat ini, baik-baik sahaja. Saya baru berpindah dalam dua minggu. Banyak juga perkara yang kami baru belajar. Bila duduk rumah mentua, ada sahaja makanan terhidang.
“Bila duduk rumah sendiri, pandai-pandai la hidup dan bangun Subuh. Potong limau pun salah. Saya anggap itu sebagai proses pembelajaran,” akhirinya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI