Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob,45, memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan adiknya, Raf dan isteir yang didakwa Mawar bakal bercerai.
Menurut Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, dia juga mahu memberikan ruang buat pasangan terbabit.
“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri,” katanya.
Fazley juga memohon doa yang baik-baik untuk Raf dan Mawar.
“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk kedua mereka.
“Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Pening-Pening Bila Nak Sambung Belajar, Kak Ngah Patin Kan Ada!
Setiap daripada kita pasti punyai hasrat dan memasang impian untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Malah, para ibu bapa juga sudah tentu ingin melihat anak-anak mereka berjaya sehingga ke menara gading.
Bagaimanapun, umum mengetahui, menyambung pengajian di IPT pasti memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Ada di antara kita yang terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Tambah memilukan, ada juga sesetengah ibu bapa yang terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi melihat anak-anak mereka dapat meneruskan pelajaran ke menara gading.
Perosalannya sekarang, adakah itu sahaja jalan terbaik yang dimiliki oleh para ibu bapa ini? Jawapannya tentulah tidak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia membantu.
Cakna mengenai situasi tersebut, PTPTN kini memperkenalkan ikon mereka yang mesra disapa Kak Ngah Patin.
Wanita yang memiliki figura seorang kakak yang sangat baik hati, perihatin dan tahu segalanya mengenai perkhidmatan di PTPTN.
Kak Ngah Patin akan menerangkan kepada anda secara terperinci dan informatif mengenai segala perkhidmatan di bawah PTPTN lebih-lebih lagi bila melibatkan proses pinjaman.
Tanyalah apapun, semua persoalan pasti akan dijawab dengan mudah dan senang faham. Petik jari je. Hebatkan Kak Ngah Patin ni?
Pendek kata, semua peringkat umur pun boleh mesra la dengan Kak Ngah Patin ni. Kalau ada ibu bapa yang tidak pasti atau kurang faham mengenai PTPTN, Kak Ngah Patin boleh tolong jelaskan.
Bagi peminjam yang dah tamat pengajian dan sudah mula bekerja, Kak Ngah Patin ada berita gembira mengenai insentif pembayaran semula pinjaman PTPTN.
Berikut adalah insentif-insentifnya;
Bagi memudahkan urusan peminjam, pihak PTPTN telah pun memudahkan urusan bayaran balik pinjaman.
Selain di kaunter, pembayaran balik PTPTN juga boleh dilakukan menerusi, Potongan Gaji, Debit Terus, Portal Rasmi PTPTN, E-Wallet, Perbankan Internet, dan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Klik sahaja link ini untuk info lanjut https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side
Nak tahu lebih lanjut atau siapakah gerangan Kak Ngah Patin ni, jom layan video ini;
Jangan risau lagi okay, Kak Ngah Patin boleh bantu. Ingat Kak Ngah Patin, Ingat PTPTN!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maafkan Saya DS Siti Nurhaliza, Janji Tak Kacau Lagi,” – Eh Kenapa Pula Zizan Tu, Terhibur Dibuatnya!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berkongsi bahawa dia mengalami sakit perut lewat pagi tadi di laman IG Storynya.
“Morning dan sakit perut,” tulisnya.
Bagaimanapun, tanpa disangka Zizan menerima balasan daripada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.
“Tu la… kacau lagi kita kat workshop..rasakan penangannya,” balas Siti.
Susulan itu, Zizan segera meminta maaf daripada penyanyi lagu Anta Permana itu.
“Tak baik main mak esah dato, maafkan saya. Saya janji tak kacau lagi,” balas pelakon filem Polis Evo itu pula.
Maafkan saya @CTNurhaliza11 saya janji saya kacau lagi.. bahahahaha..!! pic.twitter.com/MYjfc05dFZ
— zizan razak (@zizanrajalawak) November 13, 2018
Dalam pada itu, peminat juga menasihatkan agar Zizan hanya ‘mengacau’ rakan pelakon, Mira Filzah sahaja.
Sebelum ini, Zizan ada berkongsi video dia melawat sebuah ‘workshop’ namun menemui poster Siti di situ membuatkan dia pura-pura bertanya apa yang penyanyi itu lakukan di situ.
Apa-apapun, MH terhibur dengan jenaka tersebut. Moga-moga Zizan lepas ini mendapat pengajarannya.
Foto/Instagram: Zizan Razak & CTDK
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rancang Untuk Mewakafkan Khimar Di Masjid Malaysia & Korea Selatan,” – Maryam Younarae
Personaliti media sosial, Maryam Younarae berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC pada Khamis.
Bagaimanpun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Terdahulu, Khimar MaryamNarae hadir menerusi tujuh pilihan warna iaitu, nude, soft blue, sage green, dark brown, peach, white dan black.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI