Mengakui dirinya seorang yang mudah mesra, penyanyi Khai Bahar berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati berikutan terpalit kontroversi baru-baru ini.
Sebelum ini, seorang wanita telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter mendakwa Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, telah mempermainkan hati rakannya.
“Bagi saya ini lumrah seorang selebriti, saya sebagai tuan badan yang terlibat dengan isu seperti ini dan rasa itu bukan salah saya.
“Jadi, saya terus ambil tindakan menghubungi individu tersebut.. saya kenal dia tapi tak ada apa pun, itu cuma salah faham saja.
“Saya tanya dan selesaikan dengan baik, bila dah selesai dia pun ambil langkah padam semula ciapan tersebut.
“Saya tak nak benda ini berpanjangan dan saya rasa saya tiada buat salah apa pun dengan orang. Bila dah selesai, Alhamdulilah sebab isu ini tidak berpanjangan.
“Saya pula jenis cepat mesra, tidak memilih orang, berkawan dengan semua orang. kadang mungkin dia orang pula rasa terlalu selesa dengan saya sehingga terjadi perkara seperti ini.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memandangkan dapat teguran daripada rakan-rakan dan keluarga agar tidak terlalu berkata-kata manis dengan semua orang,” katanya kepada MH.
Khai ditemui pada majlis sidang media Majlis Buka Puasa Amal bersama Khai Bahar yang diadakan di Ampang, Selangor baru-baru ini.
Ads
Sering terlibat dengan acara kebajikan dan amal, Khai berkata dia sekadar membantu apa yang termampu selain mahu menghiburkan golongan anak-anak yatim dan asnaf.
“Saya sering merasa terpanggil untuk melakukan kerja-kerja amal seperti ini dan cuba untuk beri kesedaran kepada orang di luar sana untuk sama-sama membantu melakukan kebaikan.
“Saya memang tidak memilih acara untuk buat kerja-kerja amal.
“Tidak susah pun untuk melakukan kebaikan, dengan tersenyum pun kita dah boleh buat kebaikan.
Ads
“Untuk majlis buka puasa bersama anak yatim ini nanti, saya akan hiburkan mereka dan tetamu lain dengan lima buah lagu bertemakan kerohanian,” katanya.
Majlis Berbuka Puasa bersama Khai Bahar dan Penghuni Rumah Kebajikan Raudhatul Al-Faeez bakal diadakan pada 14 April ini di Hotel Grand Barakah, Ampang.
Jualan tike tdibuka secara individu atau meja berharga dari RM208 hingga RM478.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Nabil Ahmad menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa cara pengacaraan rakan hosnya di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV90, Elly Mazlein sebagai mengganggu dan ‘overshadow’ peserta sebagai sesuatu yang subjektif.
Perkongsian dan pendapat yang dikongsikan Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad itu sekaligus menepis cakap-cakap segelintir pihak dan menurut Nabil, perhatian diberikan kepada Elly yang mesra disapa Kak Lina itu turut dibantu peminat dan penonton yang banyak berkongsi di laman sosial.
“Soal Elly menjadi perhatian lebih daripada peserta, pada saya ia subjektif. Yang menjadikan Elly sebegitu adalah peminat dia yang suka keletah dia. Mereka atau penonton berkongsi di di media sosial.
“Saya yang berada di situ tetap melihat peserta lebih mendapat perhatian. Dia tak ‘overshadow’ peserta pun. Cuma bila orang memuat naik di media sosial, memanglah nampak dia menjadi perhatian,” katanya.
Nabil turut menambah, pemilihan Elly bagi menggantikan Jihan Muse itu memberikan suasana baharu kepada program itu.
“Sebenarnya apa yang penonton tengok di kaca TV, Elly dah buat masa sesi latihan lagi. Peserta dah tahu pun apa Elly akan buat. Mungkin sewaktu latihan peserta boleh tahan lagi dan ketika persembahan sebenar menjadi kelakar betul. Itu yang nampak dia seperti mengganggu.
“Saya dah buat GV selama sembilan tahun. Sampai terfikir apa lagi yang nak dibuat bagi membantu program ini supaya sentiasa diperkatakan. Secara peribadi, saya gembira sebab ada Elly yang boleh buat perkara itu. Tenaga dia lain hingga orang bercakap mengenai GV dan Elly.
“Bagi saya, apa saja yang diperkatakan hingga tular, ia bagus untuk program itu. Sebagai ‘showbiz’ lantaklah apa yang terjadi dan diperkatakan. Pada akhirnya, ia hanya satu persembahan. Tapi kita tidaklah sampai melampaui batas agama. Kami tahu batasannya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memenangi pingat emas bagi acara bola jaring di Sukan Sea Kuala Lumpur yang lalu, nama atlet, An Najwa sering menjadi tumpuan terutamanya dikalangan remaja perempuan kerana sering berkongsi tips tentang keyakinan diri dan gaya hidup sihat.
Terbaru, Najwa ada berkongsi kata-kata peransang yang nampaknya seperti ‘menusuk’ ke jiwa-jiwa mereka yang mempunyai azam untuk kurus tetapi masih liat untuk memulakannya.
Katanya, didalam dunia ini tiada apa pun yang mudah dan segalanya bermula dengan disiplin.
“Kalau nak tanya senang ke tak, memang jawapan nya tak ada benda dalam dunia ni senang. Nak makan pun susah, kena ambik pinggan, cedok nasi, basuh tangan baru suap ke mulut. Tapi apa yang buat kita capai target kita? Disiplin, disiplin and disiplin. Tak ada disiplin, memang semua benda buat tak dan.
“Awak yang nak turun berat badan dari awal tahun 2018 sampai ke sekarang tak turun2 berat tu, bila nak start? Ni nak bisik sikit bila waktu yang sesuai nak start diet and workout awak tu.. *SEKARANG*. Sekarang adalah waktu yang sesuai awak mula untuk capai target nak kurus tu sebab kalau tak mula SEKARANG, sampai ke sudah tak mula2. So sekarang jangan fikir lagi bila nak start, bila masa yang sesuai nak start. Start SEKARANG,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikut berasa ‘terpukul’ mendengar kata-kata Najwa itu dan seterusnya membuatkan mereka berasa semangat untuk memulakan diet.
Bagi MH, walaupun cara Najwa ini kelihatan agak drastik, tetapi ia amat membantu mereka di luar sana dari segi psikologi.
Betul apa yang dikatakan Najwa tu. Kalau bukan sekarang bila lagi?
Foto: Instagram An Najwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!