Susulan dakwaan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sudah melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana sebanyak dua kali, peguam syarie mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir belum menerima makluman mengenai dakwaan tersebut.
Kata Akberdin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Isnin, pihaknya belum mendapat arahan daripada anak guamnya berikutan dakwaan tersebut.
“Setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami berkenaan perkara ini. Perkara ini juga tiba-tiba timbul dan kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara itu.
“Apabila ada arahan daripada anak guam kami, barulah kami boleh menjawab. Kalau wujudnya perkara itu, ia patut dibawa ke perhatian mahkamah dan perlu tindakan dari mahkamah, tak boleh main mengenai nikah dan cerai ini.
“Kalau ada lafaz itu, kena ikut prosedur dan bawa ke mahkamah. Saya pun baca mengenai perkara ini di media sosial. Sememangnya setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berikutan dakwaan pihak Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah, Akberdin berkata pihaknya juga belum menerima dokumen berkenaan perkara itu.
“Kami kena semak balik, kalau ada, kami akan dapat dokumen namun setakat ini belum menerima sebarang dokumen berkenaan perkara itu,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan Puteri Sarah mendakwa pernah diceraikan dua kali oleh Syamsul.
Ads
Menurut laporan itu, ada sumber mengatakan kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya pada 18 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.
Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan disusun oleh Mac Chew itu menjadi single pertama menerusi album ke-11 Dayang yang berjudul Janji.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, 42, menyifatkan Dayang sebagai penyanyi yang sentiasa bekerja keras untuk peminatnya.
“Congratulations My Queen (Dayang), My friend that always working hard for us who loves her!.
“Album Janji dari Dayang Nurfaizah sudah mulai boleh didengar di seluruh digital platform,” kongsi Misha.
Dedikasi tersebut diluahkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi Instagram Story miliknya, pada Jumaat.
Misha Omar pada masa sama turut meluahkan rasa sayang dan kagumnya terhadap Dayang sambil menyeru agar terus menjadi inspirasi kepada ramai.
“Keep on inspiring us , Dayang! Kamek sayang kitak,” tulis Misha dalam kapsyen yang mencuri perhatian peminat.
Malah rata-rata peminat termasuk rakan artis turut menyatakan rasa teruja mereka atas pelancaran album yang mengandungi 13 buah lagu itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Genap 25 tahun cipta reputasi baik dalam industri muzik, Dayang Nurfaizah, tampil dengan album studionya yang ke-11, Janji. Ia melambangkan komitmen padu Dayang buat para peminat dan dirinya sendiri, berjanji untuk tidak akan pernah menyerah, sebaliknya terus mahu menyajikan muzik terbaik. #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi yang terkejut atas pemergiaan Allahyarham Abam Bocey semalam turut berkongsi mengenai kisah di antara mereka berdua.
Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin yang ketika ini berada di tanah suci menjelaskan, dia mendapat berita tersebut pada waktu Subuh.
“Salam, Mekah baru lepas subuh..bgn2 subuh terkejut sgt tak terkata, bila bukak saja fon dpt nottification bertalu yg shbt kita semua @abam_bocik dah pergi tinggalkan kita, saya trus ckp pada ust @dondaniyaldonbiyajid_ , “wei kwn kita abam dh takde” mengucap pjg kami berdua.
“Walau sy xserapat dgn arwah mcm ahli kluarganya @fadbocey & @acheykintangkintungdan @aliputeh89, tp sy bersaksi demi Allah, abam seorang yg sgt baik dan sentiasa bahagiakan org lain.
“Masa dlm Muzikal lawak, dia antara pelawak yg selalu dtg peluk sy tanya soalan2 agama..saat sy rasa koyak tak mampu nak tanggung beban utk semi & final, dia yg bg semangat.
“Katanya “ustat..ustat bertuah dpt berkongsi msg2 yg baik di pentas lawak ni, kami semua tak boleh melawak mcm yg ust buat dgn UNI, guna ruang ni,” tulisnya.
Pada masa sama, Fakhrul turut meminta ramai agar mendoakan Allahyarham.
“Harini abam pergi tinggalkan kita, moga segala kebaikan dia buat kwn2 dan kluarga jd temannya di barzakh, kami bakal menyusul abam..kita jmpa di syurga mudahan..Sama2 kita doakan buat arwah.
“Allah ampunilah dia rahmatilah dia dan keluarga yg dia tinggalkan. Al-Fatihah,” titipnya lagi.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam.
Arwah meninggal dunia pada usia 32 tahun.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi iaitu Rashid Sulong dilaporkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu, awal pagi tadi.
Khabar sedih tersebut dikongsi Safawi menerusi Instagram Story miliknya.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau (roh) dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu isterinya Syifa Melvin turut berkongsi perkara sama.
“Abah telah kembali ke negeri abadi. Rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti…al-Fatihah,” tulisnya.
Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah arwah bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!