Penyanyi rap, Zynakal mendedahkan dirinya rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang menyifatkan dia sengaja mengada-adakan cerita mengenai berkaitan dengan tekanan dihadapi sebelum ini.
Zynakal ada membuat pendedahan mengenai kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya kepada umum.
Bagaimanapun, masih ada yang sangsi sekali gus menuduhnya dengan pelbagai tuduhan kurang berasas.
Malah jelasnya lagi, ada yang menganggap segala yang diceritakan itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Tekanan yang saya hadapi tak jelas sebab itu saya mampu melayan haters sampai akhirnya saya sendiri masuk ke dalam lokap,” katanya.
Mengimbas kisah hitam berkenaan, Zynakal turut mendakwa ketika di dalam lokap ada yang berkata dirinya kotor dan akan dibawa ke hospital.
Malah dakwanya juga, apa yang telah berlaku turut menyebabkan dia kurang aktif berbanding dahulu.
“Mereka kata saya kotor sebab duduk di dalam lokap dan perlu dibawa ke hospital. Bila sedar sahaja, saya nampak tulisan Wad Psikiatari.
“Pakaian pun semua dah tukar kepada baju hospital.
“Saya juga diberikan ubat berterusan memandangkan penyakit ini bukan mudah juga untuk disembuhkan.
“Impaknya saya sudah tidak aktif lagi macam dulu,” katanya menerusi perkongdian yang dipetik menerusi saluran YouTube Indigital Music, Zynakal- Pengakuan Kisah Hidup Finale.
Ikuti perkongsiannya secara penuh di sini;
Foto: YouTube Indigital Music