Penyanyi remaja, Iman Troye terharu dan berbesar hati apabila muzik video single terbarunya, Nang kini menjadi trending, setetusnya mencapai tontonan lebih sejuta sejak ia dilancarkan di YouTube enam hari lalu.
Menurut Iman,19, atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, kejayaan itu perlu dihargai dan memberi makna tersendiri.
Apatah lagi, bakat baru itu sentiasa tular dengan apa dilakukan. Dua singlenya terdahulu, Teman dan Pejam Celik Hari Raya turut berjaya mencecah tontonan 1 juta dalam tempoh waktu kurang seminggu dilancarkan.
“Untuk mencipta trek rekod sebegini dengan mendapat 1 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu bagi video muzik tiga lagu nyanyian saya sesuatu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.
“Tambah pula tiga lagu saya yang masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A Ramlee dilancarkan ketika fasa pandemik COVID-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.
“Saya harus berterima kasih kepada semua yang menjadikan semua ini kenyataan. Terutama peminat serta rakan media yang tidak putus putus memberikan sokongan,” katanya yang juga duta pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini.
Terdahulu, Nang terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia dilancarkan 15 Oktober lalu di semua pelantar muzik digital terpilih itu turut menjadi ‘top 10’ di Spotify.
Ads
Majlis pelancaran lagu itu sebelum ini telah dilancarkan serentak dengan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar.
“Saya anggap kehadiran lagu pop Melayu berentak Jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya.
“Malah tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin.
Ads
“Saya juga berharap agar selepas ini peminat akan lebih menyokong karya tempatan dan boleh membuatkan video muzik lagu nyanyian yang lain mendapat tontonan satu juta juga tetapi dalam masa kurang sehari seperti penyanyi antarabangsa lain.
“Jika itu mampu terjadi, saya akan takjub dan ‘speechless’,” katanya yang merakamkan lagu itu sekitar Januari lalu.
Video muzik single ketiga ini pula membabitkan kos perbelanjaan lebih RM100,000 untuk pembikinannya.
Ia sekali gus menjadi video muzik termahal diterbitkan di bawah syarikat XO House Sdn Bhd setakat ini dan penggambaran video muzik berkenaan dibuat selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober lalu.
Ads
Video muzik arahan Lily Samsuddin ini turut menampilkan sisi bakat tari Iman yang dikoreografi Aus daripada Nasty Rock Crews.
Manakala Adib Hamdi dan Alia Elena pula bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.
Nang turut disokong Hotlink yang menawarkan pengalaman hiburan tanpa henti dengan menguasakan hiburan tempatan dalam laman sosial kegemaran Malaysia seperti YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.
Menerusi kolaborasi itu, jenama telekomunikasi itu memantapkan penguasaan hiburan mereka dan menginspirasikan semangat #BikinSampaiJadi sekali gus memberikan peminat hiburan tempatan lebih banyak kandungan eksklusif dan pengalaman terbaik.
Untuk rekod, Iman juga mencipta sukses tersendiri apabila berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan ‘talent management revenue’ termasuk menerusi persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amelina berkongsi satu nukilan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Allahyarham Amir Sharipuddin Abdul Rauf Ahad depan.
Menerusi nukilan yang dibuat, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina akui sebagai anak dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Dedahnya lagi, kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini telah mengecewakan hati Allahyarham bapa serta seluruh ahli keluarganya.
“Surat untuk Abah. Abah, Selamat hari lahir in advance 17/4/1947 – 06/01 / 2009. Amir sharifuddin bin Abdul Rauf. Al fatihah.
“Abah, Along mintak maaf segala kesalahan Along. Along tau Along dah kecewakan hati Abah dan Mak.
Along abaikan cita-cita Along dan keluarga. Along tinggalkan semuanya selama 15tahun.
“Along dah kecewakan harapan keluarga. Along lupa janji-janji Along pada Mak & Abah. Tapi itu bukan kehendak Along. Along tau apa yang Along buat dulu itu salah. Tapi Along TERBELENGGU dengan TAKDIR Along sendiri,” tulisnya.
Setelah hampir 15 tahun ketiadaan arwah bapa tercinta, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menerima ketentuan takdir Ilahi meski berat untuk dilalui.
Di samping memohon agar dirinya cekal dan tabah, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Asyik ini memberitahu, arwah bapa sentiasa terpahat diingatan.
“Abah, sekarang Along dah pun terima apa yang patut Along terima dari perbuatan Along. Dan Along redha, Along tau Abah tetap sayang Along kan?
Mak selalu cakap Abah tak pernah lupa mendoakan Along masa Along tak ada dulu.
“Abah, doakan Along semoga kuat yer, doakan rezeki Along yer abah & doakan along terhindar dari fitnah dunia. Along nak Abah tau Along, Mak, Angah, Adik serta cucu-cucu Abah tak pernah lupakan Abah.
“Segala kasih sayang & pengorbanan Abah sentiasa di hati jadi kekuatan kami.Tenanglah Abah disana, doa kami sebagai penyambung kasih kita sekeluarga. Dari anakandamu. Norazlina Amir Sharipuddin,” akhirinya.
Pelakon veteran, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya ketika kesnya dibacakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau dalam daerah Larut Matang kira-kira jam 7 malam, 24 Jun lalu.
Mak Wan Latah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 mengambil kira status tertuduh.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam T Selvadoray dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan.
Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tertekan akibat komen yang ditinggalkan di laman Instagram anak angkatnya, Ameena, bakal memberi kesan, Datin Seri Shahida mengambil keputusan menutup laman sosial anaknya itu.
Kongsinya, ia lebih baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham antara netizen.
Malah hidupnya lebih tenang tanpa perlu memikirkan netizen bertanya itu dan ini kerana semuanya telah diterangkan.
Ulas Shahida menerusi ruang kapsyen lagi, apa sahaja yang dikongsikan pasti ada yang tidak kena pada pandangan mata netizen dan seringkali berlaku pergaduhan, dan jalan terbaik adalah menutup punca masalah.
“Banyak yg tanya mana ig Ameena…..utk pengetahuan semua saya dah tutup sebab byk sangat yg tukang jaga pakai mulut…itu x kena ini x kena……bergaduh sesama sendiri……dgn saya2 pun stress terjebak.
“Alhamdulillah sejak x ada ig tu hidup saya makin tenang….biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa……nanti gaduh2 komen itu x kena ini x kena ada yg makan hati bila baca komen…terutama parents kandung dia…. jgn lah tanya sy lagi pasal benda ni ya sebab saya pun dah terangkan.”
Malah, isteri kepada Aliff Syukri ini turut keliru apabila ada yang menuduh dia dan suami cuba mengambil kesempatan di atas populariti Ameena.
“Ada pula yg cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti?? saya pun confius sekejap! jadi utk memastikan saya tak tumpang papulariti ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dgn aman damai dan bahgia,” tulisnya luah rasa.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Keluarga ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...