
Sudah Penyanyi terkenal, Ariana Grande dan tunangnya, Dalton Gomez disahkan sudah berkahwin secara rahsia pada hujung minggu lalu.
Jurucakap Ariana seperti yang dilaporkan media antarabangsa menjelaskan, majlis perkahwinan berkenaan dihadiri kurang daripada 20 tetamu sahaja.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang perkongsian foto rasmi di majlis perkahwinan tersebut.
Terdahulu, hubungan rapat pasangan ini mula menjadi bualan pada Februari tahun lalu, selepas penyanyi lagu 7 Rings itu berpisah dengan bekas kekasihnya, Mikey Foster.
Mereka kemudiannya mengikat pertunangan pada Disember.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Terkejut! Penyanyi Kpop Moonbin Ditemui Mati, Disyaki Bunuh Diri

Anggota kumpulan Kpop Astro, Moonbin ditemui mati di kediamannya di Gangnam, Korea Selatan pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan pada malam Rabu.
Kematian Moonbin, 25, disedari pengurusnya yang menemukan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa..
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, punca kematian Moonbin adalah disebabkan bunuh diri namun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
Agensi pengurusan Moonbin, Fantiago menerusi satu kenyataan media turut berduka cita dengan kematian bintang muda itu.
“Kami juga turut berduka atas berita mengejutkan ini. Namun ia tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.
“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.
“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” kata kenyataan tersebut.
Moonbin menyertai kumpulan Astro pada tahun 2016.
Selain Moonbin, adik perempuannya, Moon Sua, 24, turut bergelar seorang penyanyi dan merupakan anggota kumpulan Billlie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Rindukan Daddy,” – Bertemakan ‘Astronaut’, Meriahnya Sambutan Hari Jadi Anak Sulung Bella, Aliff Aziz!

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah pun meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Mohamad Ayden Adrean yang ketiga.
Bertemakan ‘Astronaut’, majlis berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi Aliff Aziz.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang itu turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat permata hatinya itu.
“STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee).
“P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan.
Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu.
View this post on InstagramA post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan pasangan ini sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak kedua.
Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jalani Pembedahan Gastrik Bypass,” – Vicha Dedah Berat Badan ‘Hilang’ 30Kg

Pelakon dan pelawak, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa buli gara-gara penampilannya bertubuh besar dan berkulit hitam suatu ketika dahulu.
Jelasnya kepada MH, tiada siapa mahu mendekatinya sewaktu sekolah menyebabkan dia nekad untuk bangkit demi membuktikan bahawa berbadan besar bukan satu kesalahan, malah dia punya kelebihan tersendiri.
“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.
“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.
“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.
”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah.
“Kena sentiasa berfikiran positif,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, anggota kumpulan J-Born ini turut mendedahkan dirinya pernah melakukan prosedur sedut lemak dan pembedahan gastrik bypass.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan berat badan hingga 30 kilogram setakat ini.
“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan. Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5.
“Saya pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.
“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size.
Koleksi Mis Claire boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI