Selepas mendedahkan mengenai kejayaannya dalam memiliki kediaman idaman di kawasan ‘segi tiga emas’ iaitu di Pavilion Kuala Lumpur, usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pendedahan yang dilakukan bukanlah untuk bersikap riak.

Sebaliknya, bapa kepada empat cahaya mata ini mahu berkongsi seterusnya cuba memberikan inspirasi buat mereka di luar sana, apatah lagi kawasan yang di diami itu amat jarang dihuni golongan bumiputra.

View this post on Instagram

lawa x rumah abag ni.. bebetul atas pavilion ..mudah abg nak shopping??? impian dan harapan.. dan berdiri dari hasil sendiri.. . haa impian dan jga harapan abg waktu baru nak up niaga… kdg kala ada org kata abag suka menunjuk😓😓 tetapi sbnrnya ramai org tk thu ini adalah impian abag mmpunyai antara rumah partmen paling mahal di malaysia ni.. di tgh2 kota kuala lmpur yg … ..abag ni asal kmpg felda kecau 1 dan teringin nak ada umah di tgh bndar… kdg rasa mcm tak logik rmah yg berkeluasan 3ribu Sft.. ini harganya hampir 6juta😅😳tetapi ini adalah nilai yg perlu dibayar… . . . dulu abag.. tanamkan azam klau ada duit yg lebih abag nakk ada rumah persinggahan abag sndiri.. weeknd house… syukur alhamdulillah ada dherb dan @as.legacymalaysia .. abag dpt mmbeli rumah ini hnya hasil duit KWSP abag..iyee duit kwsp abag.. lebih kurang 5 tahun abag niaga hasil dripada mnyimpan kwsp abag mndpt mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abag.. apa impian awak????? 🤗

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Boleh dikatakan lebih 70 peratus adalah terdiri daripada kalangan mereka yang bukan Melayu dan warga asing. Kadang-kadang bila berada di situ saya nampak ada menteri dan Mat Saleh.

“Dalam hati saya berkata Ya Allah Ya Tuhanku, aku anak Felda, aku bukan berniaga benda yang haram. Alhamdulillah dalam 11 tahun berniaga akhirnya saya dapat merasa diami rumah impian,” katanya kepada MH.

IKLAN

Merakam memori, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini turut menambah suatu ketika dahulu hatinya sering tertanya siapakah yang mendiami kawasan elit berkenaan.

View this post on Instagram

selamat pagi.. abg dah selesai mop lantai.. bersih tak lantai abg??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Bila lalu sahaja sekitar Pavilion, saya selalu tertanya siapalah yang tinggal di atas tu. Dalam hati tertanya-tanya. Saya ingatkan dalam 5 ke 600 ribu sahaja harganya.

IKLAN

“Bagaimanapun bila saya tanya, rumah yang hanya mempunyai keluasan dua bilik, harga minimumnya dalam 4 juta. Saya rasa wow…harga tu tak masuk akal. Tapi berkat usaha dan kesungguhan, akhirnya impian menjadi kenyataan,” katanya syukur.

Difahamkan, Aliff seisi keluarga akan mendiami rumah rumah tersebut setiap kali selesai membeli-belah atau sebulan sekali.

IKLAN

Aliff sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai apabila merasmikan kediaman utamanya yang dinamakan Aliff Syukri Palace di Sri Damansara. Rumah agam berkenaan dikatakan mempunyai lebih 30 bilik.

Kediaman mewah tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain seperti surau, gim dan bilik kebal.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI