“Dalam Hati Tertanya Siapalah Yang Tinggal Di Atas Tu,” – Selain Miliki Mahligai 30 Bilik, Aliff Syukri Turut Diami Rumah Atas Pavilion RM6 Juta

Share

Selepas mendedahkan mengenai kejayaannya dalam memiliki kediaman idaman di kawasan ‘segi tiga emas’ iaitu di Pavilion Kuala Lumpur, usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pendedahan yang dilakukan bukanlah untuk bersikap riak.

Sebaliknya, bapa kepada empat cahaya mata ini mahu berkongsi seterusnya cuba memberikan inspirasi buat mereka di luar sana, apatah lagi kawasan yang di diami itu amat jarang dihuni golongan bumiputra.

“Boleh dikatakan lebih 70 peratus adalah terdiri daripada kalangan mereka yang bukan Melayu dan warga asing. Kadang-kadang bila berada di situ saya nampak ada menteri dan Mat Saleh.

“Dalam hati saya berkata Ya Allah Ya Tuhanku, aku anak Felda, aku bukan berniaga benda yang haram. Alhamdulillah dalam 11 tahun berniaga akhirnya saya dapat merasa diami rumah impian,” katanya kepada MH.

Merakam memori, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini turut menambah suatu ketika dahulu hatinya sering tertanya siapakah yang mendiami kawasan elit berkenaan.

“Bila lalu sahaja sekitar Pavilion, saya selalu tertanya siapalah yang tinggal di atas tu. Dalam hati tertanya-tanya. Saya ingatkan dalam 5 ke 600 ribu sahaja harganya.

“Bagaimanapun bila saya tanya, rumah yang hanya mempunyai keluasan dua bilik, harga minimumnya dalam 4 juta. Saya rasa wow…harga tu tak masuk akal. Tapi berkat usaha dan kesungguhan, akhirnya impian menjadi kenyataan,” katanya syukur.

Difahamkan, Aliff seisi keluarga akan mendiami rumah rumah tersebut setiap kali selesai membeli-belah atau sebulan sekali.

Aliff sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai apabila merasmikan kediaman utamanya yang dinamakan Aliff Syukri Palace di Sri Damansara. Rumah agam berkenaan dikatakan mempunyai lebih 30 bilik.

Kediaman mewah tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain seperti surau, gim dan bilik kebal.

 

Published by
Rafiq Mazlan