“Dalam Hubungan Suami Isteri, Jangan Curang Dengan Pasangan Sebab…,” – Fattah Amin

Share

Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut bulan lalu, pelakon Nur Fazura memuat naik sepotong video di YouTube yang turut memaparkan suaminya, pelakon Fattah Amin.

Dalam video tersebut, pasangan itu berkongsikan pendapat dan pandangan mereka mengenai Hari Bapa.

Paling menarik perhatian ialah pesanan berharga yang dititipkan bapa Fattah kepada anaknya itu ketika masih di awal fasa perkahwinan.

Menurut Fattah, bapanya berpesan agar jangan sesekali berlaku curang kerana setiap perbuatan buruk itu pasti akan mendapat balasan Allah SWT.

“Dalam hubungan suami isteri, jangan curang dengan pasangan sebab apa sahaja perkara buruk yang dilakukan akan dibalas semula oleh Allah S.W.T,” kongsi Fattah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan pesanan tersebut dan menyatakan betapa bertuahnya Fazura dikurniakan suami seperti Fattah.

“Bagus sangat pesanan ayah Fattah. Semoga Fattah, Fazura dan Fatima sentiasa dalam lindungan Allah.

“Untunglah Fazura bersuamikan Fattah Amin. Fattah seorang yang baik hati dan keturunan keluarga yang warak dan baik, selari dengan personalitinya.

“Bagus pesanan ayah Fattah, moga menjadi pedoman juga buat semua.

“Suka pasangan ini. Semoga kebahagiaan terus mengiringi sehingga ke Jannah.

“Bila pesanan ayah tu kukuh tersemat dalam hati Fattah bermakna ayah dia ni hebat orangnya dalam mendidik anak. Patutlah Fattah ni sangat positif orangnya,” komen netizen.

Sekadar informasi, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan yang digelar Fattzura ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Fattah Amin, Fazura

Published by
Juliana Johar