Berita

“Dalam Keadaan Sekarang, Anak Saya Yang Sepatutnya Bantu, Namun…,” – Mas Idayu Respon Isu Viral Libatkan Aman Graseka

Share

Penyanyi Mas Idayu menyifatkan dia bukanlah orang yang sepatutnya menghulur bantuan, susulan kisah viral bekas suaminya, Aman Graseka yang didakwa meminta bantuan orang ramai untuk rawatan anaknya di hospital, sebelum ini.

Jelas Mas Idayu, meskipun pernah hidup bersama Aman, namun dirinya yang kini sudah bergelar isteri orang lain, menjadi antara faktor dia tidak boleh berbuat demikian.

“Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya membantu. Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini mungkin saya boleh bantu.

“Dalam keadaan sekarang anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun anak saya tidak dapat menghubungi dia,” katanya.

Penyanyi lagu Selangit itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Share Rezeki: Amaris x Tyzo di Shah Alam, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mas Idayu akui dia tidak pasti sejauh mana akan kesahihan kepayahan yang dilalui bekas suaminya itu.

“Kepada orang luar jangan memberi kalau tidak pada saluran yang betul. Kalau fikir logik dia sepatutnya minta pada anak atau saudara-mara. Kenapa nak meminta daripada orang ramai dengan cara begini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa.

Dalam pada itu, Mas Idayu berbesar hati untuk sama-sama menyokong usaha kebajiksn yang diusahakan rakan pelakon Putra Amaris, dalam menggerakkan infaq sempena Ramadan.

“Saya dah lama kenal Amaris sebab kami sama-sama asal Johor. Namun sebab sibuk sebelum ini lalu kami jarang berhubung.

“Namun apabila dia berkongsi program yang sudah dilaksanakan sejak empat tahun lepas saya jadi tertarik untuk turut serta.

“Awalnya saya sangka ia sekadar melepas batuk di tangga. Tak sangka program ini bertahan dan nampak kesungguhan Amaris dalam menjayakan program seumpama ini.

“Jadi sebagai selebriti, apa yang boleh saya bantu dan sumbangkan ialah dengan berkongsi perkembangan dan uar-uarkan program ini kepada lebih ramai orang untuk kebaikan,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin

i

Published by
MH