Tidak dinafikan, memiliki sahabat yang baik juga merupakan satu rahmat keindahan dalam kehidupan.

Pelakon, Betty Banafe misalnya menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila dikurniakan mereka yang baik sentiasa berada di sampingnya.

Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan, dia setiasa mengingati nasihat arwah bapanya mengenai hubungan persahabatan bersama kawan.

“Anda tidak akan kenal hati budi sahabat anda sehingga anda berbisnis dengannya dan travel dengannya.

“Itulah nasihat arwah WALID saya @ayah saya untuk mengenali hati budi seseorang.

IKLAN

“Hari ini 12 August 2020 bersamaan hari mahkamah syariah saya bekenaan dengan hak jagaan anak yang tak selesai selesai, dalam kerisauan ada pulak berita gembira manusia ini datang. Itulah dia sahabat saya.

“Kita bersahabat, hinggakan berpartner bisnis bersama. Bertahun tu.. Dari usia saya semua 20an hingga 30an,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut mendoakan agar hubungan yang terjalin sentiasa dirahmati.

“Ilmu bisnis tak seberapa jika di bandingkan si dia, tapi semangat berkobar kobar. Merasa lah juga buat projek million..Hehhe atas tunjuk ajar encik abang kita ni.

“Jatuh bangun kita bersama. We are still here standing as sahabat.

“Kunjungan hormat dari ex partner lama bertanya khabar. Glad to see you again Halem. Catch up back cerita kak ima isteri kesayangan and Anakandamu. Alhamdulillah.

“Bersama pulak director layar lebar saya abang Thorpe yang bervisi tinggi. Looking forward to work together k bang. Moga Allah merahmati persahabatan kita semua. Amin ya Rab.,” tulis Betty.

https://www.instagram.com/p/CDyssr3BaIy2-ir66tzXsgbxIcOMyRK3vBPK7M0/

Terdahulu, Betty dan bekas suami, Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan bercerai 10 Julai 2019.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 7, dan Bruce Dean Dargus, 5.

Foto: Instagram Betty Banafe