“Dalam Paru-Parunya Ada Air Ketuban,” – Datin Rebecca Nur Al Islam Kenang Anak Masuk NICU Sejurus Lahir Ke Dunia

Share

Genap setahun ulang tahun kelahiran anak keempat yang dikenali sebagai Ahmet Reaggan, Datin Rebecca Nur Al Islam mengenang detik cemas apabila kanak-kanak berkenaan terpaksa dimasukkan ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) akibat paru-paru dimasuki air ketuban.

Ulasnya menerusi Instagram, pengalaman sedih itu berlaku apabila dia terpaksa pula ke rumah tanpa anak dan keadaan ini cukup merisaukannya satu keluarga.

MasyaAllah Allah Hu Akbar. How time Flies @ahmetreaggan.

“#18072019 Setahun Yg Lepas,Mummy Becca Melahirkan Anak Bertuah Ini, MasyaAllah How time Flies, Setahun Sudah.

“Masih teringat di Dalam Fikiran Dan Hati,Setahun Yg Lepas Bertapa Risau Nya Mummy Becca, Sebab selepas Lahirkan Baby @ahmetreaggan kena tahan Di NICU gleneagles Hospital di sebabkan Dalam Paru paru nya ada Air ketuban sikit.

“Pulang nya mummy After BerAnak Tanpa Baby Ahmet DiRumah, Allah Je tahu Bertapa Sedih nya Mummy that time….Papa risau,Oma Pun Risau,Semua Risau kan Ahmet that time.

Tapi Allah swt iTU Lebih mengetahui Dan maha mengatur segalaNya Yg Terbaik, #trustinAllah dan Allah swt Maha Mendengar DOA hamba2 nya,Alhamdulillah Syukur After 11 days Baby @ahmetreaggan Di Benarkan Pulang.

“And Now my darling sayang Mom Baby @ahmetreaggan Sihat Sepenuhnya,Syukur sgt2. Selamat Hari Lahir Anak Ku,Semoga Membesar Dgn Sihat Sentiasa,DiLindungi Allah SWT Di Setiap Langkah Mu Anak Ku.

“Menghormati Semua Orang Tua,Di Sayangi Ramai,Di Sayangi Allah SWT Dan Semoga Menjadi Anak Yg Soleh sayang Mom. BerJAYA DUNIA AKHIRAT kelak.

“Ameen AllahHuma Ameen….Sanah Helwah AnakKu Ahmet,” kongsinya panjang lebar.

Pengalaman bermakna ini turut memberi inspirasi netizen untuk turut sama berkongsi kisah.

Becca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, selain mengambil beberapa anak angkat termasuk Nor Adam Daniel, 10 dan Aurora, 7 bulan.

Foto : Instagram Rebecca Nur Al Islam

Published by
Noraini Abd Wahab