Pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, memaklumkan keadaan, Nad Zainal, 32, yang kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor, lebih balik berbanding malam Isnin.
Khabar tersebut dikongsikan Ungku Ismail menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Insta Stories, sebentar tadi.
Menerusi status sama, dia turut meminta ramai untuk terus mendoakan kesembuhan buat pelakon Cina Buta itu.
“Assalamu’alaikum semua. Nad Zainal kini masih berada dalam pemulihan yang intensif, namun Alhamdulillah, ada perubahan yang positif hari demi hari. TabaarokAllah.
“Mewakili keluarga, rakan-rakan dan semua yang menyayangi Nad, terima kasih atas doa semua yang sentiasa mendoakan dia.
Ads
“Saya pohon agar kita terus mendoakan dia agar kembali sembuh dengan keadaan paru paru terbaik seperti biasa,” tulisnya.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Ads
Pelakon itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Difahamkan, Nad,32, pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Ads
Manakala pada awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin,34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin balik berbanding sebelumnya.
Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua pihak terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan,kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Suami Scha yang juga pengacara, Awal Ashaari berkata, Scha dan bayi mereka dalam keadaan sihat dan baik.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik.
“Insya Allah, kalau semuanya sudah okay, Scha dan bayi akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” katanya.
Awal turut menzahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
“Lama juga menanti untuk dapatkan yang kedua ini. Syukur apabila segalanya dipermudahkan.
“Insya Allah, Scha akan berpantang di rumah kami. Lara pun sudah tidak sabar nak melihat adiknya. Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor. Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.
Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.
“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.
Terdahulu, bintang Bikin Filem itu ditemui media di set penggambaran drama web, Dua arahan Michael Ang, di Starvilion, Shah Alam.
Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Sharifah Sakinah dan Ben Amir.
Sementara itu, Scha berkongsi momen tersebut apabila edisi terbaru Dewi Remaja 2018/19 bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Malah, barisan 20 gadis bertuah yang bakal mengikuti saingan bagi merebut gelaran Juara Dewi Remaja yang terbaru sudah pun diumumkan menerusi Majalah Remaja, minggu lalu.
Pelakon Uqasha Senrose tampil melakukan ujian saringan COVID-19 secara ‘drive thru’ selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Meski sudah pun ke klinik dan doktor memberitahu dia hanya mengalami demam biasa, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu tekad untuk melakukan ujian berkenaan pada Jumaat.
“Qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini.
“Need to make sure that my fam and i are completely safe. doakan results baik baik saja amin,” tulisnya sambil memuat naik video ujian yang telah dijalankan.
Sebelum ini, pelakon Ummi Nazeera turut melakukan perkara sama beberapa hari lalu dan tulisnya di Instagram, ia berbaloi untuk dilakukan bagi memastikan keselamatan yang lain selain tidak mengambil masa panjang.
Kurang setengah Uqasha memuat naik videopendek tersebut, ia kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.