Beberapa jam lalu, pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuat naik foto mereka di lapangan terbang memaklumkan mereka akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Posting berkenaan dimuat naik pasangan suami isteri itu menerusi Instagram.
Mengharapkan agar umrah yang akan dilakukan berjalan lancar, Aeril dan Wawa sempat memohon maaf atas segala khilaf sebelum berangkat.
“Dalam perjalanan ke pintu Multazam, mohon doa dan maaf segala khilaf, tulisnya Aeril.
“Doakan saya dan suami selamat pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur, amin. Mohon maaf salah dan khilaf,” kongsi Wawa pula menerusi Instagram Miliknya.
Lalu, posting berkenaan turut mendapat ucapan dari peminat yang rata-ratannya mendoakan agar perjalanan dan umrah akan berjalan lancar dan dipermudahkan.
Bagaimanapun, foto yang dimuat naik tidak pula disertai oleh anak-anak mereka.
Foto: Instagram Aeril dan Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikannya kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat dikurniakan cahaya mata.
Jelas Siti, dia juga berasa lega kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
Malah, bintang berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia dan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Katanya lagi, dia juga akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang seperti biasa selain mahu memberi fokus yang lebih terhadap kesihatan bayinya itu.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Siti serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Sumber: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penganjur bersama Konsert Doa Buat Zamani, Saiful Azlan Ahmad, 49, atau Aalan mengakui kecewa dan terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan isteri penyanyi itu terhadapnya, baru- baru ini.
Terdahulu, isteri Zamani, Nor Juliana Abd Rani atau Julie memuat naik status WhatsApp dengan mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan konsert tersebut yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 30 September lalu.
“Tujuan saya adakan sidang media hari ini bukan bertujuan untuk besar-besarkan perkara ini.
“Tapi saya rasa kecewa dengan kenyataan isteri Zamani, yang mana menyebabkan maruah saya tercalar.
“Saya kenal Zamani dah lama dan saya anggap dia macam abang saya sendiri.
“Saya ikhlas nak bantu dia tapi tanpa usul periksa (isteri Zamani) buat kenyataan macam itu,” katanya.
Aalan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung di Ampang, Selangor pada Khamis.
Dalam pada itu, Aalan menjelaskan niatnya hanya ingin membantu Zamani untuk mencari dana selepas penyanyi itu melakukan pembedahan yang dijadualkan pada minggu hadapan.
Namun, konsert tersebut sebenarnya kurang mendapat sambutan daripada peminat.
“Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal ini kerana ia bakal memalukan Zamani.
“Namun, untuk menjelaskan situasi sebenar, ini sebenarnya yang berlaku. Tiket hanya terjual sebanyak 367 keping, berbanding kapasiti lokasi yang sepatutnya mempunyai lebih 1,200 penonton.
“Disebabkan itu, kami pihak penganjur mengambil keputusan untuk memberikan tiket secara percuma kepada kelab peminat Zamani bagi memenuhkan lokasi konsert.
“Ini kerana pihak penganjur akan menjual konsert ini kepada stesen televisyen dan bagi menampakkan konsert itu cantik (full house),”katanya.
Aalan berkata setakat ini keuntungan yang berjaya diraih pada konsert itu adalah sebanyak RM4,635 setelah ditolak kos keseluruhan produksi.
Konsert Doa Buat Zamani merupakan anjuran bersama Aalan dan Zamani yang dilakukan tanpa sebarang kontrak sebaliknya berdasarkan kepercayaan di antara mereka.
“Semua duit keuntungan RM4,635 saya beri pada Zamani, walau ikut persetujuan awal portion 70 peratus Zamani, 30 peratus saya.
“Tapi saya tidak tergamak nak ambil, saya bagi semua pada Zamani sebab konsert ini memang tujuan untuk bantu dia,” katanya lagi.
Terdahulu, isteri Zamani, Julie memuat naik status WhatsApp mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH perasan sejak akhir-akhir ini ramai yang bercerita tentang ais batu dan duit syiling.
Melalui sebuah posting di Facebook, ada seorang lelaki bercerita kepercayaan serta teori kehidupan seorang lelaki tua berbangsa Cina telah membuatkan ramai terfikir ada logiknya.
Menurut perkongsiannya itu, setiap kali keluar rumah atau ingin tinggalkan rumah selama beberapa hari jangan lupa untuk letakkan duit syiling di dalam peti sejuk bahagian freezer.
Puas kami fikir apa kaitan kedua elemen ini. Adakah ia punyai elemen mistik dan sebagainya?
Rupa-rupanya inilah dia kisah sebenar mengapa pakcik ini meminta lakukan perkara seperti ini demi memastikan segala bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk masih kekal segar dan selamat untuk digunakan sebaik sahaja pulang ke rumah.
Menurut pakcik tersebut, kadang kala apabila meninggalkan rumah selama beberapa hari, kita tidak tahu apakah yang akan terjadi dengan keadaan rumah ketika itu.
Mana tahu tiba-tiba bekalan elektrik terputus atau sebagainya.
Sekurang-kurangnya selepas pulang rumah, kita tidaklah menggunakan bahan-bahan mentah yang tidak segar dan boleh memudaratkan kesihatan.
Logiknya, jika syiling tersebut masih berada di atas, itu tandanya tiada bekalan elektrik terputus berlaku. Namun jika syiling tersebut berada di bawah, itu tandanya peti sejuk telah terputus elektrik dalam jangka masa yang lama dan kemungkinan besar makanan yang di dalam peti sejuk itu sudah tidak segar.
Hmmm betul juga ya! MH sendiri tak pernah terfikir untuk lakukan perkara seperti ini, lepas ni bolehlah cuba!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...