Pelakon Ezzaty Abdullah ada memuat naik dedikasi istimewa bersempena dengan kelahiran anak pertamanya, tanggal 6 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzaty ada memuat naik foto throwback saat mengandungkan Harum Dalia.
“Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam.
“Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.
Ads
“Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah,” tulis Ezzaty panjang lebar.
Sebagai tanda penghargaan buat warga Borneo yang selama ini tidak henti-henti menyokong kerjayanya, penyanyi, Lan Solo tampil dengan buat tangan terbaharu menerusi lagu, 5 Kaki 4 Inci.
Munurut Lan, hatinya nekad untuk menghasilkan lagu ini selepas dia mendapat reaksi positif daripada warga Sabah ketika menyanyikan lagu cover berbahasa Dusun yang berjudul Mohuhobo.
Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Kristal ini memaklumkan, dia tidak mahu mengambil risiko untuk menghasilkan lagu ini sepenuhnya dalam bahasa Dusun kerana menganggap dirinya masih belum bersedia.
“Sebelum ini saya ada buat percubaan untuk mencuit hati orang-orang di Sabah dengan menyayikan sebuah lagu cover berbahasa dusun. Alhamdulillah, penerimaannya juga agak baik dan beri impak positif.
“Lantaran itu, saya pun nekad mencuba untuk mempunyai sebuah lagu baru walaupun bukan sepenuhnya dalam bahasa Dusun. Mereka sebenarnya mengharapkan saya untuk menghasilkan lagu tersebut di dalam bahasa Sabahan cuma saya merasakan diri saya belum bersedia.
“Semasa saya menyanyikan lagu cover dahulu, saya ada menerima komen-komen yang menegur mengenai sebutan saya. Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar dan saya hanya menyelitkan beberapa perkataan Bahasa Dusun di dalam lagu ini,” katanya kepada MH.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Lan turut memberitahu, dia juga mendapat bimbingan daripada rakan artis yang juga merupakan pencipta dan penulis lagu ini iaitu Valvet dan Marsha Milan untuk memperbetulkan sebutannya di dalam lagu ini.
“Memang tak dapat dinafikan, ada juga ketika lidah saya agak tergeliat untuk menyanyikan lagu ini terutamanya bila melibatkan perkataan dusun contonya seperti ‘nokotigog’.
“Bagaimanapun, bila melibatkan bahasa Melayu Sabah, saya sudah terbiasa sebab saya pun berniaga barang-barang Borneo. Saya juga mintak tunjuk ajar daripada pencipta dan penulis lirik lagu ini iaitu Velvet dan Marsha Milan. Mereka betulkan segala sebutan saya,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi muzik video lagu tersebut turut memaparkan adegan mesra Lan bersama seorang wanita yang juga merupakan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2017 (Unduk Ngadau), Karinah Mah.
Ketika ditanya mengenai perasaan isterinya, ini reaksi yang diberikan oleh Lan;
“Saya ni setia orangnya. Bagi saya itu hanya melibatkan hal-hal kerja. Isteri saya pun memang sangat memahami. Kami pun dah kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Dia sangat faham dengan kerja-kerja saya di dunia industri ini.
Saya sebenarnya tak risau pun mengenai isteri saya. Dia pun tak risaukan fasal saya. Cuma saya hanya risaukan perbuatan saya itu disalah ertikan oleh segelintir netizen sehingga boleh mengganggu gugat rumah tangga kami.
“Dari pihak kami pula, kami okay sahaja. Tiada sebarang masalah,” akhirinya.
Setakat ini, muzik video lagu 5 Kaki 4 Inci ini telah pun meraih hampir 100 ritu jumlah tontonan di laman Youtube dan menghuni tangga ke-22 di carta trending.
Lagu ini juga kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi keputusan peperiksaan di semester ketiga dalam Asasi Undang-Undang, Wani Kayrie reda kerana tiada rezeki mendapat Anugerah Dekan pada semester ini.
Namun, dia bersyukur kerana mampu menjayakan dua momen penting dalam hidupnya.
Jelas penyanyi berusia 20 tahun ini, dia terpaksa membahagikan masa antara peperiksaan akhir dan komitmen kepada Dansa Dan Sing, dan syukur, keputusannya tidak menghampakan.
“January & February was truly a tough months for me to focus on these two big things which was my 3rd semester final examination + 8 weeks commitment of Dansa & Sing.
“I post this as a motivation for my followers who are still studying and for my own motivation as well.
“Alhamdulillah. With my family supports, friends and @msumalaysia lecturers, I made it although it’s only 0.03 to be listed into Dean’s list. Tidak ada rezeki untuk 3rd semester namun Allah ganti dengan rezeki tempat ke – 4 dalam #DansaDanSing2020 bersama @delitz.official.
“Rezeki tidak pernah salah alamat. Yang penting adalah usaha kita yang berterusan dan niat yang benar. Insyaallah, dipermudahkan,” tulisnya.
Perkongsian terkini daripada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di akaun Instagram hari ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran beberapa keping foto naik foto beserta video sedang bekerja itu, ramai warganet yang meninggalkan komen, termasuk rakan artis Puteri Sarah Liyana.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menulis komen pendek yang disusuli emoji seakan-akan sedih.