Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memuji kesungguhan yang ditunjukkan rakan artis, Liza Hanim sepanjang penglibatkannya di All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Siti berkata, dia boleh melihat kerja keras yang dipamerkan penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu sekaligus menitipkan pujian menerusi Insta Stories sejurus Liza selesai membuat persembahan pada malam akhir program nyanyian berkenaan.
“Saya melihatnya daripada segi perjuangan Liza. Dalam pilihan saya, yang boleh jadi juara ialah Jaclyn, Liza Hanim dan juga Nikki Palikat. Sebab seperti yang kita tahu keputusan final bergantung pada persembahan mereka pada malam itu.
“Bagi saya ketiga-tiga mereka layak untuk menang, tetapi berbalik kepada rezeki masing-masing. Cumanya saya menulis kapsyen tersebut atas kesungguhan Liza sepanjang pertandingan.
“Daripada segi kerja keras dan all out. Tambah lagi ketika segmen duet pun dia menyanyikan lagu ‘juara’. Jadi bila dia menyanyikan lagu yang penuh cabaran itu dengan baik, saya agak Liza mampu untuk menanglah.
Ads
“Apa pun, saya percaya barisan juri ada sistem penjurian yang lebih profesional, memandangkan mereka mendengarnya dalam dewan secara langsung” katanya.
Siti berkata demikian pada Majlis Ukhwah & Apresiasi Serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan NurJiwa, di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ads
Sementara itu, Siti juga memberikan dedikasi sama kepada Jaclyn Victor yang diangkat sebagai juara ASGV.
Ads
“Apa yang saya dengar, nyanyian Jac sangat kemas dan pada saya dia pun layak untuk diangkat sebagai juara. Kesemua peserta yang bertanding pun hebat,” katanya lagi.
Terdahulu, Liza Hanim berada di tempat keempat keseluruhan dengan markah sebanyak 72.34 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah yang kembali menjadi perhatian warganet susulan beberapa hantaran video kontroversi di Instagram kebelakangan ini belum bersedia untuk memenuhi permintaan pihak media untuk ditemu bual.
Menerusi perkongsian di Insta Stories pada Rabu, Nonny yang tidak managih publisiti murahan menolak permintaan tersebut secara baik dan terbuka untuk bertemu media apabila sudah bersedia.
Malah, Nonny turut meminta ramai supaya tidak sibuk mengambil tahu mengenai hal orang lain.
“Aku tak kaya, aku tak miskin. Aku tak hadap batang buruk, batang kaki main. Aku tak hadap publisiti murahan.
“Ini media sosial, suka hati nak buat apa. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang sampai diri sendiri tak terjaga.
“Saya jaga tepi kain sendiri sebab kain sy sendiri pun tak cukup,” luahnya.
Sementara itu menerusi hantaran terkininya di Instagram, Nonny telah memuat naik video pendek dirinya yang sedang berkemban sambil terkangkang ketika menjual produk.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Nonny hanya membalut tubuhnya dengan sehelai tuala berwarna sambil mempromosikan produk berkenaan.
Sebelum ini, Nonny turut mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej rambut hampir botak dan berkongsi video dia bercukur kepala di platform sama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ashira Aziz mengharapkan sinar bintangnya dalam industri seni tempatan tidak terus padam selepas kembali aktif sejurus menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), tahun lalu.
Menurut Ashira atau nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,36, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.
“Saya tidak kisah, asal boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.
“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” katanya.
Popular dengan lagu Di Ombak Resah, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran yang mahu menggandingkan dia dan suami, selain turut terbuka sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian selepas ini.
Diminta mengulas mengenai penampilannya yang kini sopan berhijab, Ashira akui dia kian tenang dan selesa dengan dengan imej yang dibawa.
“Alhamdulillah semakin serasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.
Selain Di Ombak Resah, Ashira turut tampil dengan beberapasingle lain antaranya Jatuh Cinta, Selamanya Takkan Berakhir dan Buat Insan Tersayang, duet bersama Eddie Hamid.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal melalui siri drama The Golden Girls, Betty White telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 31 Disember 2021. Dia meninggal dunia dengan aman dalam tidur di rumahnya dan kematiannya itu disahkan sendiri oleh ejen dan teman baiknya, Jeff Witjas.
“Betty hampir berusia 100 tahun, saya fikir dia akan hidup selama-lamanya. Saya tidak fikir Betty pernah takut akan kematian kerana dia sentiasa mahu bersama mendiang suami tercinta, Allen Ludden. Dia percaya dia akan bersamanya semula,” ujar Jeff kepada People.
Dilahirkan pada 17 Januari 1922, di Oak Park, Illinois, peminik nama penuh Betty Marion White ini merupakan anak tunggal. Bapanya Horace White merupakan seorang jurujual dan jurutera elektrik manakala ibunya Tess Curtis White pula merupakan suri rumahtangga.
Dia dan kedua ibu bapanya berpindah dari Illinois ke Los Angeles ketika zaman kemelesetan ekonomi. Minatnya pada dunia seni menjadikan mendiang Betty antara aktres paling lama berada dalam industri hiburan. Umur bukan penghalang baginya.
Aktres terkenal Hollywood ini melihat bagaimana perubahan dunia televisyen dan perfileman berlaku di depan matanya. Digelar ‘First Lady of Television’, dia yang memulakan kerjayanya pada tahun 1939 ketika berusia 17 tahun, merupakan antara bakat pertama yang muncul di televisyen ‘eksperimental’ sebelum ia menjadi medium hiburan yang popular.
Jika dia masih hidup, mendiang Betty akan menyambut ulang tahun ke-100 pada 17 Januari ini. Untuk pengetahuan pembaca, sebuah filem doku ‘Betty White: 100 Years Young’ sebenarnya telah dihasilkan sempena ulang tahunnya. Filem ini akan tetap ditayang sebagai memperingatinya sebagai anak seni yang berdedikasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!