Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan puteranya, Muhammad Rayaan Khalaf 1 Oktober lalu ada mengulas mengenai dirinya yang tersasul membahasakan dirinya sebagai ‘kakak’ terhadap anak sulungnya itu.
Katanya kepada MH, dia sendiri tidak pasti ia diviralkan kerana itu bukanlah hal serius kerana kehadiran ahli baru dalam keluarganya adalah yang pertama.
Malah, mereka sekeluarga sedang sesuaikan diri.
“Tak tahulah… Semua benda nak viral. Macam mana ya? Saya pun tak pernah ada anak buah. Saya tidak pernah bahasakan diri dengan ‘Mama El’ ke, ‘Auntie El’ ke,” seloroh El.
Ads
Pada masa sama, bintang berusia 25 tahun ini memaklumkan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar memahami situasi berkenaan.
“Jadi kami semua sedang dalam proses untuk biasakan diri adanya bayi, ahli baru dalam keluarga kami. Cucu pertama, anak saudara pertama dan sebagainya.
“Dia okay saja, ia bukanlah satu hal yang serius. Tak semestinya perkara viral itu suatu yang serius. Ia pun mungkin ‘funny’ to them jadi viralkanlah,” jelas El.
Ads
Ditanya apakah gelaran yang akan diguna pakai terhadap anak, ini reaksinya;
“Sekarang ni antara Mama atau Mommy, kalau dia dah pandai bercakap tunggulah dia nak panggil apa,” jelas El yang turut dalam proses mendapatkan kembali bentuk tubuh ideal usai pantang.
Ads
Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan ada berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya selepas diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Naura Shares.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberitahu perihal hubungannya bersama Yang Maha Pencipta.
Kongsi Alyah, dirinya dulu sangat alpa dengan duniawi namun kini semuanya berubah selepas mencuba untuk mencari kerehdaan Allah SWT.
“Dulu saya amat kesah tentang apa pandangan orng terhadap saya. Setelah saya mempelajari apa tujuan hidup dan kemana kita selepas hidup.
“Alhamdulillah saya Sedang berusaha utk Allah swt kesah tentang saya. Walau seburuk mana pon kita dimasa lampau, tiada manusia bole menghakimi kita. Kerna Baginda Rasul SAW juga tidak pernah melakukannya.
“Dan Allah swt maha pengasih ,maha penyayang juga maha pengampun. Dia akan menanti kita di penghujung. Usahakanlah penghujung yg baik wlu pun permulaan kelam dan kelabu.
“Jadi ikhlaslah dlm segala hal kerana Allah SWT. Berbuat baik selagi mampu, semoga kita dipandang Allah swt nanti di sana dgn pandangan kasih dan syg Amin3,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Program bual bicara Naura Shares disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Naura (125). Semoga perkongsian Alyah dapat dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-Gara tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam, pelakon Risteena berkongsi cerita yang membuatkan tunang tersayang, Isa Khan rasa risau.
Malah, hal tersebut menyebabkan si tunang rasa bimbang andai sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap dirinya.
“Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened.
“Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah.
“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu,” tulisnya.
Selepas itu, kakak kepada Ruhainies turut memaklumkan Isa sudah pun berada di bawah rumahnya ditemani anggota keluarga bagi meninjau keadaan dirinya.
“Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak. Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah.
“Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. Kesian diorang!,” katanya lagi.
Risteena pada masa sama turut membayangkan dirinya rasa selamat semenjak bersama tunang tersayang.
“Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi. Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya. Myhero!
“So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.
“To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde. My parents dah boleh harapkan awak.
“I love you, sayang. Cinta hati saya,” akhiri Risteena sambil dilampirkan video yang turut terpapar ‘missed called’ serta teks dari Isa.
Di samping itu, rata-rata peminat juga turut memuji kemesraan pasangan ini yang dikatakan sangat secocok.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.