Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan puteranya, Muhammad Rayaan Khalaf 1 Oktober lalu ada mengulas mengenai dirinya yang tersasul membahasakan dirinya sebagai ‘kakak’ terhadap anak sulungnya itu.
Katanya kepada MH, dia sendiri tidak pasti ia diviralkan kerana itu bukanlah hal serius kerana kehadiran ahli baru dalam keluarganya adalah yang pertama.
Malah, mereka sekeluarga sedang sesuaikan diri.
“Tak tahulah… Semua benda nak viral. Macam mana ya? Saya pun tak pernah ada anak buah. Saya tidak pernah bahasakan diri dengan ‘Mama El’ ke, ‘Auntie El’ ke,” seloroh El.
Pada masa sama, bintang berusia 25 tahun ini memaklumkan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar memahami situasi berkenaan.
“Jadi kami semua sedang dalam proses untuk biasakan diri adanya bayi, ahli baru dalam keluarga kami. Cucu pertama, anak saudara pertama dan sebagainya.
“Dia okay saja, ia bukanlah satu hal yang serius. Tak semestinya perkara viral itu suatu yang serius. Ia pun mungkin ‘funny’ to them jadi viralkanlah,” jelas El.
Ditanya apakah gelaran yang akan diguna pakai terhadap anak, ini reaksinya;
“Sekarang ni antara Mama atau Mommy, kalau dia dah pandai bercakap tunggulah dia nak panggil apa,” jelas El yang turut dalam proses mendapatkan kembali bentuk tubuh ideal usai pantang.
Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.