Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedang dalam proses untuk memulihkan hubungan sama isteri tercinta, Noor Nabila Mohd Noor.
Pengakuan tersebut dibuat pelakon berkenaan seperti yang dipetik Berita Harian. Difahamkan, hubungan rumah tangga mereka dikatakan bermasalah, sejak Februari lalu.
“Saya, Nabila dalam proses pulihkan hubungan,” katanya.
Pada masa sama, Sharnaaz seperti yang dipetik turut mengaku, keduanya bersepakat mahu pulihkan perhubungan demi cahaya mata tunggal, Jebat Jayden Ahmad, lapan bulan.
“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.
“Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat,” katanya.
Terdahulu, aktor tersebut ditemui pada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd.
Sharnazz turut memaklumkan, perhubungan mereka kini kian akrab apabila Jebat mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) dan sedang dirawat.
“Mungkin apa yang terjadi pada Jebat sehingga kami kembali memulihkan keadaan adalah kerana aturan Allah.
“Apa-apapun, saya reda dan terima dengan ketentuan Allah. Tetapi saya tidak tahu apa kesudahan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Sharnaaz turut berharap agar proses pemulihan di antaranya bersama isteri tidak diganggu campur tangan orang luar.
“Apa yang terjadi, kami cuba selesaikan sebagai satu entiti keluarga. Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
“Ini kerana kami cuba memperbaiki diri untuk menggalas peranan masing-masing,” katanya.
Terdahulu, ada beberapa perkongsian status Sharnaaz dan isteri menerusi media sosial yang sekali gus mengundang spekulasi yang kononnya, pasangan ini sedang masalah rumah tangga.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI