“Dalam Siasatan, Jadi Saya Tidak Boleh Nak Komen Banyak,” – Isu ‘Kes Berat’, Ini Respon Nur Fazura

Share

Selebriti dan usahawan popular, Nur Fazura mengambil pendekatan untuk tidak memperincikan mengenai laporan polis yang dibuatnya, baru-baru ini.

Fazura yang juga isteri kepada pelakon Fattah Amin itu bagaimanapun menjelaskan ia melibatkan pecah amanah.

“Saya tidak boleh berikan komen panjang sebab ia masih dalam siasatan polis. Kes ini memang sangat berat… involving pecah amanah.

“Memang sekarang ini dalam siasatan, jadi saya tidak boleh nak komen banyak,” katanya kepada MH.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini akui akan memperincikan kes berkenaan apabila tiba masanya.

“Tapi ya… anda akan tahu nanti tidak lama lagi apabila kes ini dibawa ke peringkat lebih tinggi ke mahkamah nanti. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya lagi.

Bintang berusia 39 tahun itu berkata demikian sejurus sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang di Hotel Mandarin Oriental, pada Jumaat.

Terdahulu, Fazura berkongsi sekeping foto menunjukkan papan tanda sebuah balai polis pada 30 Julai lalu di Instagram.

“Sedikit pencerahan. Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya juga menerusi Instagram stories.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH