Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video experimen sosial mengenai seorang gadis yang ditawarkan sejumlah wang untuk meninggalkan kekasihnya.
Video tersebut nyata mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah penyanyi dan pelakon, Azza Elite.
Menurut Azza, pada waktu getir ini, sesiapa sahaja akan memilih duit melainkan mereka mempunyai alternatif lain.
Usahawan kosmetik dari Pulau Pinang, Cheta Pot Pet yang turut terbabit menerusi sepotong video kontroversi bersama beberapa usahawan selebriti lain sudah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai, di Pulau Pinang, kelmarin.
Cheta atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, 35, berkata, dia memberi kerjasama sepenuhnya susulan video di media sosial yang tular hingga mencetuskan kritikan ramai.
Selain Cheta, SKMM dengan kerjasama PDRM menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu lain yang terbabit iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Datuk Seri Vida di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Memetik Harian Metro, Cheta yang pernah muncul dengan single Aku Yang Kau Mahu menjelaskan, apa yang berlaku memberikan impak besar kepada dirinya.
“Saya tidak pernah ada pengalaman begini. Ini pertama kali berlaku terhadap saya. Disebabkan saya menjadi penaja, jadi kena bergaul dengan mereka. Ini bukan tujuan pemasaran. Perkara sama saya cakap di balai.
“Perkara ini memberikan impak besar. Ia sangat mengejutkan pada saya termasuk mental dan fizikal. Saya pun sudah membuat permohonan maaf lebih awal. Saya nak bersihkan nama saya,” katanya seperti yang dipetik.
Cheta pada masa sama mengakui sepanjang menjalankan perniagaan, dia tidak pernah terpalit dengan isu sensasi.
“Pada hari kejadian itu kali pertama saya ‘shoot’ dengan mereka. Video pun ada banyak ‘angle’. Kalau tengok video saya sebelum ini, tak pernah ada video aksi keterlaluan dan baju mencolok mata. Bila timbul isu ini, saya pun disiasat sama sebab ada dalam video berkenaan. Itu yang jadi terkejut.
“Disebabkan itu saya membatalkan pembabitan saya pada Minggu Usahawan Negara 2022 di Malaysian Grand Bazaar@Lalaport BBC yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 Jun ini. Saya nak bersihkan nama,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan SKMM dalam satu kenyataan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Pelakon Nazim Othman berdepan dengan masalah ketumbuhan ketumbit di bahagian bawah kedua-dua belah matanya.
Kongsi pelakon drama Suri Katrina itu, dia telah mengambil sejenis ubat bagi mengelakkan masalah migraian yang dihadapi sebelum ini.
Namun, lain pula yang terjadi sebaik sahaja dia mengambil ubat berkenaan.
“JANGAN MAKAN UBAT SEBARANGAN.
“Ini kali pertama saya kena allergy to medicine sepanjang hidup di dunia yang penuh pancaroba ni.
“Allergies tak boleh dibuat main-main ye. Ada tahap allergies yang boleh mengancam nyawa macam apa yang pernah jadi kat @eleena.sui .
“Memandangkan dia pernah kena tahap allergy to medicine yang parah, jadi dia la yang paling concern sekali bila tau saya kena allergy kat lokasi shooting #surikatriana tadi sampai bawak saya terus pegi klinik sebab dia takut kalau saya collapse / pengsan. ( like what happened to her before ) . Thanks babe! Jasamu kukenang,” tulisnya yang pertama kali mengambil ubat tersebut.
Malah, Nazim menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dalam pengambilan ubat-ubatan dan ia disahkan pakar atau doktor.
“Anyways, korang kalau sakit, jangan la makan ubat sebarangan… pegi la klinik dulu tanya doktor ok? Take care,” kongsinya.