Selepas satu, satu kontroversi melibatkan selebriti melepaskan hijab. Turut sama cakna dalam isu yang berlaku, ulas Noorkhiriah, tindakan netizen yang ‘like’ foto tidak berhijab sebenarnya menggalakkan individu mempamerkan aurat.
“Kawan-kawan post gambar tak tutup aurat, laju je kita like sebab cantik. Tapi sedar tak dalam diam kita tengah galakkan kawan kita untuk pamerkan auratnya lagi dan lagi,” tulisnya di laman Instagram.
Malah, pelakon Nur ini juga berharap agar netizen dapat membuat teguran secara berhemah.
“Kalau kita sayang kawan kita, direct message lah dia secara berhikmah, sekurang-kurangnya kita dah buat satu amar makruf nahi munkar, kita kan nak masuk
Syurga sama2,” ulasnya lagi.
Netizen menyokong pendirian Khiriah dalam isu ini dan menegaskan bahawa teguran itu adalah untuk sama-sama menuju ke syurga.
MH doakan semoga kita dimudahkan untuk istiqamah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Foto -Instagram Noorkhiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI