Ibu kepada Allahyarhamah Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah ada menitipkan dedikasi buat anak tersayang baru-baru ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah yang ke-26 pada 16 September lalu.
Semua atas ketentuan Yang Maha Esa, peserta program Big Stage 2020 itu pergi mengadap Illahi pada 11 September lalu selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Menyifatkan arwah sebagai anak yang baik dan sering mendahulukan si ibu, Syakinah turut menyatakan rasa sebak atas sokongan ramai yang begitu menyayangi anaknya yang mesra disapa kakak itu.
Perkongsian tersebut dibuat bersama video yang dilakukan peminat teristimewa buat arwah. Ikuti coretan yang dititip Syakinah;
“Kakak,
Mama titipkan video yg di buat khas buat kakak daripada peminat dan penyokong kakak pada hari lahir kakak hari ini 16 September 2020.
“Mereka benar2 buat mama sebak dan terharu, sungguh pun kakak sdh tiada hari ini, kasih sayang mereka buat kakak semakin hari semakin subur.
“Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi, betapa ramai yg menyayangi kakak, kerana selama hidup kakak, kakak sering merasakan diri kakak tidak di hargai dan di sayangi.
“Mama sedih dan kesal kerana semuanya ini datang terlambat, namun mama tetap beryukur sekurang2nya mama tahu anak mama di sayangi ramai org dan ramai juga yg mendoakan kakak.
“Tiada kata2 yg dpt mama gambarkan perasaan kehilangan mama pada hari ulang tahun kelahiran kakak, sakitnya meratapi kehilangan, peritnya menahan sebak di dada teringatkan kakak, pedihnya kerinduan ini.
“Kakak anak mama yg taat, sering mendahulukan perasaan mama, takut jika kakak melukakan perasaan mama meskipun kakak tdk melakukan apa2 kesalahan.
“Kakak seorg yg pemurah dan pengasihan, sering luluh hati melihat org lain susah, kalau jumpa org jual keropok kering kakak akan berhenti utk beli sekalipun kakak tak perlu..alasan yg selalu kakak berikan sebab KESIAN, mungkin hari tu blm ada org yg beli jualannya…setelah kakak beli, kakak akan sedekahkan pula pada org lain.
“Ramai kawan2 kakak yg inbox mama menceritakan apa perkara kebaikan yg telah kakak lakukan pada mereka dan ianya benar2 buat mama terkedu, sebegitu sekali kebaikan yg anak mama tebarkan dlm persahabatan.
“Dan kawan2 kakak semua ckp mereka takan lupakan kebaikan kakak. Sungguh mama terharu.
“Bnyk lg yg ingin mama coretkan tentang kakak, namun airmata mama sudah terlalu berat utk di tahan2.
“Damailah kakak dalam pelukan kasih sayang Allah.. Mama di sini akan sering mendoakan kakak dan insyaallah setiap impian kakak yg blm tercapai akan mama sempurnakan utk kakak.
“Mama jg tak akan lupa buat pahala sebnyk mungkin utk kakak.
“Happy Birthday in heaven kakak. Mama rindu kakak.. Mama love you dearly kakak.. Alfatihah buat mu anak…”
😭😭😭😭😭Kakak,Mama titipkan video yg di buat khas buat kakak daripada peminat dan penyokong kakakpada hari lahir kakak…
Posted by Suria Mentari Pagi on Wednesday, 16 September 2020
Pada masa sama, Syakinah turut memuat naik beberapa foto serta video sekitar majlis tahlil arwah menerusi Facecook.
Majlis Tahlil di hari ulangtahun kelahiran mu kakak.. 16hb September 2020..
Posted by Suria Mentari Pagi on Wednesday, 16 September 2020
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Allahyarham mengalami kegagalan fungsi otak akibat kemalangan jalan raya pada 5 September lalu.
Sandra ketika itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan program Big Stage 2020.
Jenazah Sandra dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kaulan, Tuaran Sabah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI