Kehadiran kumpulan popular British, Coldplay yang bakal mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur pada 22 November depan ternyata mengujakan peminat setia band tersebut.
Namun, dalam pada kumpulan itu dialu-alukan untuk berkunjung ke sini, terdapat segelintir pihak tidak bersetuju serta meminta kerajaan untuk membantah konsert tersebut daripada diteruskan.
Mengulas mengenai isu tersebut, komposer dan bekas ahli kumpulan VE iaitu Damian Mikhail mempunyai pendapatnya yang tersendiri.
Menurut Damian, hal berkaitan muzik dan hiburan tidak sepatutnya dijadikan sebagai ‘senjata’ politik oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya, Damian meminta pihak-pihak berkaitan agar tidak mengambil tahu mana-mana penganjuran konsert sekiranya merasakan ia tidak patut diadakan di Malaysia.
“Haish.. muzik dan hiburan pun nak dipolitikkan. Ni lah masalahnya politikus-politikus yang suka tunggang agama.
“Tiada masalah pun konsert diadakan di Malaysia. Kalau ada yang terpaling suci dan Islam yang rasa ia haram, jangan pergi, jangan ambil tahu.
View this post on Instagram
“Sama sahaja macam daging babi, dah tahu haram, toksah (jangan) makan. Yang itu boleh pula lebai bertoleransi.
“Kita negara berbilang kaum dan agama,” tulis Damian dalam ruangan kapsyen menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu juga, Damian mengingatkan sebagai umat Islam, seseorang itu haruslah sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.
View this post on Instagram
“Ingatlah Nabi SAW pesan, dalam apa jua sekalipun, bersederhanalah. Ambil jalan tengah.
“Semoga Allah merahmati negara kita dengan keharmonian dan perpaduan yang berterusan. Amin,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI