Pelakon, Adam Corrie berharap agar para suami dapat berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lain demi mendapatkan zuriat.

Bercakap melalui pengalaman, Adam memberitahu, proses mendapatkan zuriat sememangnya bukan mudah bagi segelintir pasangan yang mempunyai masalah tertentu namun, mereka juga harus berikhtiar sehabis baik sebelum memilih alternatif lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

“Nak kahwin lagi sebab tak ada anak?
Dah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri? Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami atau isteri ada masalah pun, boleh berubat.

“Ini pengalaman saya. Usaha dulu. Positif. Bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ye. Usaha dahulu. Cari jalan sama-sama.

“Usaha itu kena sungguh-sungguh.
Ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa. Ada cepat dan ada yang makan tahun,” tulisnya.

Dapat Anak Pada Umur 50 Tahun, Adam Corrie Minta Suami Fikir Panjang Sebelum Kahwin Lain

Pandangan tersebut disuarakan sendiri pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

Malah, Adam menyeru kepada semua pasangan untuk sentiasa memanjatkan doa dan meminta petunjuk kepada Allah sekiranya diberikan ujian untuk mendapatkan zuriat.

“Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat. Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi , gagal juga.

“Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi. Minta pertunjuk. Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk,” kongsinya lagi.

Dapat Anak Pada Umur 50 Tahun, Adam Corrie Minta Suami Fikir Panjang Sebelum Kahwin Lain Dapat Anak Pada Umur 50 Tahun, Adam Corrie Minta Suami Fikir Panjang Sebelum Kahwin Lain

Pada masa sama, Corrie turut mempersoalkan adakah keputusan berkahwin lain akan menggembirakan hati semua pihak terutamanya isteri pertama.

Ads

“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain, adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?

“Tepuk dada tanya iman. Kita nak bahagia sekeluarga. Qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Nasihat untuk diri sendiri

“Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan pandangan yang dikongsikan pada kepda seorang cahaya mata itu.

Ads

“Setuju sangat dengan pendapat tuan. Saya ni sudah 16 tahun berdua. Rezeki anak, mungkin di syurga nanti Allah nak kurniakan. Tak mengapa. Kita bersangka baik.

“Tak semua lelaki berfikiran secara rasional begini.

“Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah, semoga kekal hingga ke jannah.

“Isteri yang dapat suami berfikiran macam ni memang bertuah. Hebat Adam Corrie ni,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun penantian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI