Penyanyi dan komposer meningkat naik, Chubb-E meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas berjaya memiliki kereta impian pertamanya.
Menurut Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn, kereta berjema BMW berwarna putih itu sebenarnya sudah menjadi idam-idamannya sejak dahulu lagi.
“Kereta pertama saya adalah kereta idaman saya. Alhamdulillah, syukur kepada yang maha Esa. Counting blessings,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan buat tatapan umum oleh naib juara program Dansa Dan Sing itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.
Antara yang turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian penyanyi berusia 22 tahun itu adalah rakan artis, Yuna.
Menurut Yuna, dia juga berasa sangat bersyukur ketika dikurniakan kereta pertamanya satu ketika dahulu.
“Damn kid. My first car was a Toyota Corolla. Bless up,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Chubb-E akan terus sukses selepas ini.
Terdahulu, Chubb-E baru sahaja mengumumkan bakal melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amir Masdi yang berjudul Biru Malam.
Menerusi video teaser yang dikongsikan, lagu tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada tanggal 22 Januari ini.
Sumber: Instagram Chubb-E