“Dapat Berita Pasal Mama Nak Kena Operate Potong Kaki, Rasa…,” – Serina Redzuawan Reda, Doakan Ibu Selamat Jalani Pembedahan

Share

Pelakon dan hos, Serina Datuk Redzuawan mendedahkan lidahnya rasa kelu apabila diberitahu mengenai situasi kesihatan ibunya, Norhayati Ayub.

Difahamkan, salah satu kakinya terpaksa dipotong berpunca akibat kencing manis.

Ia sekali gus menyebabkan kakinya bertukar menjadi gangrine dan menerusi MRI, ia menunjukkan bahagian tersebut tidak dapat diselamatkan lagi kecuali dipotong.

Serina yang juga anak kepada chef selebriti, Chef Wan menerusi Instagram juga mengakui dia perlu kuatkan semangat untuk menerangkan hal tersebut kepada ibu tersayang selepas mendapatkan nasihat dari doktor yang merawat.

“Ya Allah..mula mula dapat berita pasal mama nak kena operate potong kaki, rasa berpusing dunia kejap. Jadi kelu tak boleh berkata kata, tak tau macam mana nak bagi tau pada mama hakikat ni, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu.

“I tau mama tentu kecewa & menangis. I kuatkan hati doa banyak pada Allah beri kekuatan, lepas i pujuk dan explain kenapa kena potong juga sebab nak selamatkan nyawa mama, dia boleh terima & redha. Dia nangis sedih.

“I peluk cium dia bagi semangat. Nak ucap terima kasih juga pada Abg @abibsyedali  @scarlett_requiem Wawa datang lawat mama, beri motivasi & semangat .Moga Allah swt membalas jasa baik kalian.

“Doakan mama selamat operation ya semua. Ujian yg berat for me & keluarga. I redha atas ketentuan Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu, Norhayati Ayub yang juga bekas isteri kepada Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail mendirikan rumah tangga pada usia muda sebelum keduanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang anak iaitu Serina dan Mohd. Nadzri Redzuawan.

Foto: Instagram Serina Datuk Redzuawan

Published by
MH