Menerusi perkongsian di laman Instagram milik pelakon Zarina Zainoordin, dikhabarkan bapa tercintanya telah pergi menghadap Yang Maha Esa.
Jelasnya, dia sempat bertemu arwah bapa pada 4 Januari lalu sebelum bapanya meninggal dunia keesokan harinya.
“Aku balik kampung hari sabtu 4/1/20 jumpa abah, petang sabtu aku balik JB sebab kena kerja hari ahad. “Abah amad balik dulu ya, nanti amad datang lagi”, balas abah “yelah, baik-baik”.
“Dapat berita subuh ahad 5/1/20 abah dah pergi buat selamanya, kalau aku tahu ianya hari2 terakhir abah aku takkan balik JB sabtu tu.
“Ya aku datang lagi, tapi abah dah tak ada. Allahu,” tulisnya.
Dia turut meluahkan kesedihan tidak dapat berada di sisi arwah bapa di saat-saat terakhir sebelum meninggal dunia.
“Dulu abah taknak pergi hospital sebab sakitnya, anak2 pujuk sampai la abah nak masuk hospital. Setelah sekian lama keadaan abah tak ada juga perubahan.
“Petang sabtu aku tengok abah, ayat terakhir abah “Amad, sakit abah tak baik-baik”. Aku cakap abah kena la kuat. Ya, kita boleh cakap tapi kita tak tahu sakit yang ditanggung… AKAK TAHU ADEK KUAT, kite doa yang baik2 utk abah kite . alfatihah .
“Maafkan amad abah sebab tak ada disisi abah saat2 abah hembuskan nafas yang terakhir.
“Ini gambar terakhir abah datang rumah aku kat JB naik bas tahun lepas.. rindu abah..
“Ya Allah… lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya, sejuk dan sejahterakanlah kuburnya, lepaskanlah abah drpd azab kubur dan tempatkanlah abahku bersama orang yang beriman, al Fatihah,” kongsinya.
https://www.instagram.com/p/B7FZZqeBrUU-rJT7BxrNdaeGYZ9GurtP8diJP80/?igshid=17hsywwomrvto
Salam takziah buat Zarina dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Foto : Instagram Zarina Zainoordin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI