Selain pernah mengkagumi bakat Ziana Zain, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta turut mendedahkan dirinya begitu meminati Fauziah Latiff (Jee).
Malah peluang untuk bersama-sama dengan penyanyi senior itu menerusi drama Tahyul terbitan Zeel Production yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3 menjadi satu peluang yang sukar dilepaskan.
Drama 15 episod arahan Junaime Ramfizal Rahmat atau Che Mie itu ketika ini masih menjalani penggambaran di Perlis.
Menurut Che Ta, selain menerima tawaran tersebut kerana turut dibarisi pelakon seperti Jee, peranan sebagai Detektif Masni juga menarik perhatiannya.
“Ikutkan saya jarang memegang watak seperti polis atau perisik. Begitu juga detektif. Sebelum ini dalam drama Gerak Khas pun saya pernah muncul jadi Deputi Superintenden Polis untuk beberapa episod.
“Sebelum itu, karakter Kiah Pekasam juga diperluaskan menjadi Kiah Spy. Saya juga pernah jadi ‘spy’ dalam drama Family Spy yang turut dibintangi Alif Satar.
Ads
“Apabila ditawarkan watak detektif, saya nampak kelainan untuk mempertimbangkan drama Tahyul. Masa baca skrip, saya tanya siapa pegang watak Puan Qaseh. Apabila diberitahu ia dilakonkan Jee, tak ada sebab saya nak menolaknya,” katanya.
Ketika zaman kemuncak kerjaya nyanyian Jee, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui tidak ketinggalan membeli kaset Jee.
“Boleh kata semua koleksi lagunya yang meruntun jiwa saya ada. Malah saya pernah beratur semata-mata nak bergambar dengannya di sebuah karnival persembahan di Alor Setar, Kedah.
Ads
“Saya pernah disatukan dengan Jee dan Ziana dalam sebuah fotografi kulit muka depan majalah fesyen dan kecantikan. Tak sangka dapat pula berlakon dengan Jee buat kali pertama,” katanya.
Tahyul turut dibintangi Aniq Suhair, Cik B, Wani Kayrie, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Tania Hudson, Aidit Noh dan ramai lagi.
Dalam pada itu, ketika sektor kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan sejak 9 September lalu, Che Ta bersyukur kerana dihujani pelbagai tawaran drama.
Ads
Selain Tahyul, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu turut melunaskan penggambaran drama Kerana Dia Suka juga di Perlis terbitan produksi sama.
Malah Che Ta membawakan watak sebagai perempuan tua bernama Hajah Mariah. Turut sama berlakon ialah Fendi London, Fendi London, Rita Nadira dan Fikry Ibrahim.
“Macam saya selalu tekankan sebelum ini, akan ada salah anggap dan tafsir terhadap insan bernama Rozita Che Wan.Selalu akan fikir kalau saya berlakon kena cantik sepanjang masa.
“Malah sampai ada cakap, saya menjadi diri sendiri. Realitinya memanglah saya Rozita Che Wan. Tapi saya akan berlakon ikut karakter diberikan. Malah’ look’, solekan dan warna baju pun produksi tentukan.
“Dalam drama Kerana Dia Suka, saya memang berbeza daripada watak lain termasuk Detektif Masni,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kontroversi demi kontroversi melanda, semalam merupakan noktah akhir bagi hubungan akad pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Kedua-duanya sah bercerai talak satu.
Bella meluahkan kesyukuran kerana urusan perceraiannya dipermudahkan. Malah, dia redha ikatan perkahwinan tidak kekal lama.
“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best,” tulisnya.
Didi Astillah menerusi ruang Instagram menitipkan kata-kata semangat dan penghargaan khas buat kakaknya.
“Harini first time pakai tudung labuh?? hehee tudung & jubah ni kaklong @bellaastillah yang bagi as a gift.
“Thank you kaklong, semoga sentiasa kuat dalam setiap dugaan. Kaklong tenang hadapi dugaan ni mungkin sebab kaklong ikhlas dengan setiap benda kaklong lakukan.
“Terima kasih jadi contoh yang baik untuk adik2 kaklong.. dan setiap wanita yang lalui perkara sama diluar sana… InshaAllah? adik LOVE YOU kaklong ❤ . . . . Thank you @aqoimran for the photo!”
Selebriti versatil, Elly Mazlein meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohammad Azlan Che Noh yang ke-32.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram hos Gegar Vaganza ke-9 (GV9), itu, Elly yang mesra disapa Kak Lina memuat naik foto suami bersama kek khas bersama belon angka 3 dan 2.
“Happy birthday suami mama yg ke-32. Thank you jadi suami dan papa yang baik. Mama, Manja & Haider love you so much,” dedikasi Elly menerusi ruangan komen.
Sambutan tersebut turut disusuli dengan pelbagai komen ucapan dan doa yang baik-baik dari peminat dan rakan selebriti bersempena dengan hari jadi suami penyanyi Bungaku Bakawali itu.
Untuk rekod, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan pada 17 Disember 2019 dan mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2020.
Pasangan ini dikurnia seorang anak lelaki, Hader Mateen yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...