Jenama fesyen terkenal, Bulan Bintang mencipta kelainan dengan memperkenalkan replika Baju Melayu gergasi setinggi 12 kaki di hadapan The Starhill, Bukit Bintang.

Replika unik ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’, yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mac ini, bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama tersebut.

Sebagai satu simbol kebanggaan, ia bukan sahaja menarik perhatian pengunjung lokal, malah pelancong asing turut sama teruja untuk bergambar bersama replika tersebut.

Kempen sama turut menampilkan ‘pop-up store’ serta pameran khas yang menonjolkan koleksi eksklusif jenama berkenaan.

Kontroversi & Pandangan Netizen

Walaupun replika ini dianggap sebagai satu inovasi kreatif, ia turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen susulan ada yang mengaitkannya dengan kepercayaan karut.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri menegaskan, majoriti maklum balas yang diterima adalah positif, dengan ramai yang menyokong usaha pihaknya dalam memartabatkan budaya Melayu di lokasi tumpuan pelancong.

Ads

“Berkenaan replika gergasi, saya dapat dua jenis maklum balas. Ada segelintir yang mengecam, namun majoritinya berbangga dan memberi respons baik. Mereka menghargai usaha untuk mempromosikan budaya tradisi Melayu dan Malaysia

“Tapi saya tidak nafikan, ada yang dakwa kami membazir demi menyiapkan patung gergasi ini. Bagi saya ini sebagai satu strategi pemasaran yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa.

“Kalau kita tengok dekat luar negara, ada juga menggunakan konsep serupa untuk memperkenalkan produk mereka seperti beg tangan dan kasut. Kenapa jenama tempatan seperti kami tidak boleh buat perkara yang sama?” katanya.

Jelas Meri, proses menyiapkan replika tersebut adalah selama dua minggu dan pemasangannya di lokasi terbabit mengambil masa lapan jam.

Ads

“Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi “Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi “Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi “Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi “Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi “Dapat Dua Maklum Balas. Ada Yang Kecam, Ada Yang Bangga,” – Meri Ulas Replika Baju Melayu Gergasi Di Tengah KL Cetus Sensasi

Replika Sebagai Lambang Identiti

Dalam pada itu, Azzim menegaskan matlamat utama replika tersebut bukan sekadar mempromosikan jenama yang diusahakan, tetapi lebih kepada memperkenalkan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

“Dalam keterangan yang terpapar di hadapan replika itu pun, saya tidak terlalu mempromosikan jenama saya.

“Saya lebih menekankan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang dipakai untuk menyambut perayaan,” katanya lagi.

Ads

Setakat ini, kempen yang sudah berlangsung selama tiga hari mendapat sambutan luar biasa dengan ramai pengunjung termasuk pelancong asing, tidak melepaskan peluang bergambar dengan replika tersebut.

“Saya sendiri nampak orang bergambar dengan replika ini. Dari jauh saya rakam aksi mereka, dan saya berbangga apabila ramai yang menghargai budaya kita,” katanya.

Kempen ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta jenama seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nassar, Mierul Aiman,dan Syafiq Kyle, yang turun padang bertemu peminat.

Selain koleksi khas Baju Melayu Bulan Bintang, kempen ini juga memperkenalkan koleksi pakaian wanita di bawah label Bulan Bintang Sisters.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI