Baru sahaja bergelar pasangan suami isteri, usahawan dan bintang media sosial, Asyraff Mazlan dan Natasya Nazreen gembira menjalani kehidupan sebagai pasangan yang halal.
Malah, Asyraf meluahkan rasa syukur kerana dapat menjadi imam kepada isterinya.
“Harini dapat juga apa yang sy selalu bayangkan masa muda2 dulu. Nak jadi imam untuk isteri @natasyanazreen .
“Alhamdulillah. Tadi masa jadi imam perasaan tu tiba2 jadi sebak. Feel jadi imam untuk isteri ni lain berbanding dulu imam untuk kawan2,” tulisnya.
Akui Asyraff, dia menitiskan air mata sebaik sahaja selesai melakukan solat jemaah bersama isterinya.
Ads
“Saya sangat susah nak menangis. Selalu dapat menangis masa solat Tahajjud je, ni Solat Fardhu pun saya dapat rasa perasaan sebak ni. Indahnya rasa
“Alhamdulillah ya Allah atas segalanya,” kongsi Asyraff sambil disertakan foto selesai menunaikan solat berjemaah bersama isterinya.
Personaliti media sosial, Andika Putera memilih untuk bekerjasama dengan bekas isteri, Ananda Natasha berkenaan pengurusan anak selepas bercerai pada Disember tahun lalu demi memastikan anak mereka, Alisha Puteri dapat dibesarkan dengan baik dan dalam suasana harmoni.
Andika atau nama lengkap, Muhammad Andika Putera menjalin empat kesepakatan bersama Ananda merangkumi hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi fokus terhadap tumbesaran cahaya mata perempuan mereka itu.
Pertemuan Andika semalam bersama Alisha yang berada dalam giliran penjagaan ibunya, Tasha, turut menggamit kesayuan ketika Andika menghadiah hadiah hari jadi seutas rantai emas “i love papa” kepada anak kecil tersebut.
Andika juga ingin memakaikan cermin mata baru kepada Alisha kerana cermin mata Alisha sebelum ini perlu ditukar di sebabkan pertambahan power cermin mata yang mana penglihatan Alisha sebelum ini kabur sementara menunggu cermin mata disiapkan.
Seperti tradisi sebelum ini, Andika ingin Alisha dapat melihat object pertama, iaitu papa dan mama Alisha berada di hadapan Alisha sewaktu pemakaian cermin mata tersebut dan pandangan Alisha sudah tidak kabur lagi.
Daripada hasil pertemuab Andika & Natasha pada hari tersebut, ada beberapa kerjasama yang telah dipersetujui dengan baik.
“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha.
“Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir dengan Tasha (panggilan Ananda) seminggu, Dika (panggilan Andika) seminggu.
“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.
“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.
Pada masa sama, Andika menjelaskan, dia sudah mengadakan pertemuan dengan Ananda bagi membincangkan mengenai perkara itu secara harmoni.
“Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” jelas Andika.
Sebelum ini, Andika menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda.
Andika bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.
“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali enggan terlalu membebankan fikirannya dengan kisah-kisah tular melibatkan pasangan suami isteri yang terpaksa berdepan konflik berumah tangga.
Menurut Nabila, dia percaya Allah SWT telah mengaturkan jalan hidup yang terbaik buat setiap pasangan.
“Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kesilapan. Setiap manusia ada khilaf. Bagi saya sendiri, tipulah kalau saya tak takut.
“Namun, kalau kita takut disebabkan kekhilafan orang lain, mungkin kita hanya akan berdiam diri dan kekal di takuk lama.
“Saya percaya dengan apa sahaja perkara yang telah dirancang Allah SWT. Kita hanya melalui jalan kita sahaja. Apa yang berlaku pada masa hadapan, kita tak boleh kawal.
“Kita hanya boleh buat terbaik untuk diri sendiri. Jadi, saya akan cuba menggalas tanggungjawab sebagai isteri itu dengan baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hanya Kamu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali pada Khamis.
Ditanya adakah dia akan mengambil maklum tentang setiap gerak geri suaminya termasuk memeriksa telefon bimbit, Nabila menjawab;
“Saya tak berani nak cakap mengenai hal ini. Sesiapa yang mengenali diri saya, saya bukanlah orang yang sebegitu. Kita bercakap tentang sekarang, pada masa hadapan, kita tak tahu lagi.
“Saya hanya mampu merancang dah cuba jadi yang terbaik. Namun, kita tak mampu nak kawal semua. Ada perkara kalau kita kawal sekalipun, kalau nak jadi, ia akan jadi juga.
“Jadi, saya mengharapkan agar semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja buat saya dan suami. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Nabila akui kehidupannya kini makin ceria selepas berumah tangga.
“Yang pastinya kami dah halal. Sekarang saya punyai teman dan tempat mengadu. Bila penat balik kerja, adalah orang kita nak bercerita.
“Balik buat persembahan, kadang kala kena kecam pula. Dulu tiada tempat nak meluah. Sekarang boleh nak mengada sikit.
“Dia sangat menyokong kerjaya saya. Selalu ingatkan saya untuk bekerja keras. Dia tidak terlalu memanjakan saya.
“Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang mempunya pemikiran yang sama bila melibatkan kerja,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wartawan hiburan Fiza Kamarudin, 40, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) hari ini.
Adiknya Siti Nor Hazlinda, 39, berkata, suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia di sana untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.
“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” katanya.
Menurutnya lagi, pendarahan otak itu disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan kakaknya rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku beberapa jam sebelum kakaknya bersama suami dan dua anak mereka berlepas pulang ke tanah air.
Percutian ke London adalah hajat terakhir kakaknya itu bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi dia cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti. Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!