Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall kini berjaya memiliki kediaman pertama jenis kondominium yang mencecah harga kira-kira RM1 juta di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Kejayaan tersebut menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana dia turut menjaga abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33.
Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bukan saja mampu membina jenama perniagaan sendiri, tetapi juga mempunyai impian besar ingin membantu keluarga.
“Pada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga. Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan bebannya.
“Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksa terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang. Waktu itu dia tak pernah paksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.
“Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas. Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini.
Ads
“Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta.
“Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor,” katanya.
Momen bermakna itu turut dikongsikan Siti Jamumall menerusi akaun TikTok, pada Isnin.
Berkongsi lanjut mengenai perjalanan jatuh bangun bersama Mohd khairul Nizam, Siti Jamumall mendedahkan syarikat abangnya sebelum ini pernah berhutang hampir RM1 juta.
“Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat susah. Hampir RM1 juta hutang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan.
“Saya kasihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tolong abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga. Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah ‘live’ sebab percuma.
“Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan. Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hutang.
Ads
“Kalau minat bisnes buat betul-betul dan jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada cabaran tapi kena percaya bila ikhlas dan niat itu baik Tuhan akan tolong. Saya tak pernah mimpi dan jangka pada usia 23 tahun boleh dapat semua ini. Saya percaya bila usaha dan buat sampai dapat tak akan pernah sia-sia,” katanya lagi.
Lebih membanggakan, dia secara tidak langsung telah berjaya membantu ramai peniaga bumiputera.
“Sejak melancarkan produk terbaharu di bawah jenama Whitekish O2 Bubble, alhamdulillah saya berjaya membantu ‘affiliate’ yang tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pun dan mereka berjaya mendapat RM30,000 dalam masa dua hari.
“Saya bersyukur dapat bantu orang di luar sana mungkin orang nak cari pendapatan tambahan melalui TikTok. Saya sangat seronok bila tengok mereka boleh tambah pendapatan. Sesiapa yang nak belajar buat bisnes kami juga ada buat kelas. Tak susah dekat hujung jari saja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Luahan sedih ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail pada Khamis mencuri perhatian ramai.
Perkara tersebut dikongsikan Patimah menerusi Insta Stories, sejurus Syamsul sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar.
“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidup seorang diri,” katanya.
Tambahnya, dalam apa jua keadaan dia sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.
“Namun doa sentiasa mengiringi hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” kongsinya lagi, tanpa merujuk kepada mana-mana anaknya secara spesifik.
Terdahulu, kisah hubungan Syamsul bersama kedua ibu bapanya sebelum ini menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Bagaiamanpun tidak pernah didedahkan punca kemelut yang berlaku.
Malah Syamsul ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis juga tidak berkongsi panjang tentang isu berkenaan.
Baginya, lebih baik menyelesaikan konflik secara peribadi dan tidak membabitkan orang luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikatakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk membintangi sesebuah drama televisyen, aktor, Shukri Yahaya menyifatkan harga yang diletakkan itu sangat bersesuai dengan pengalamannya selama ini.
Menurut Shukri, dia menganggap bayarannya itu masih relavan kerana tidak pernah ditolak oleh pihak penerbit.
“Saya sendiri tak pasti harga yang saya letakkan ini mahal atau tidak. Saya pun tak tahu harga orang lain. Kalau betul saya paling mahal, Alhamdulillah.
“Harga yang saya letakkan ini juga bersesuaian dengan apa yang boleh saya berikan berdasarkan pengalaman saya.
“Setakat ini, penerbit tidak pernah menolak harga saya tapi sentiasa ada ruang untuk negosiasi,” katanya kepada MH.
Pada sama sama, Shukri turut menyifatkan kadar bayaran tersebut merupakan investasi pihak penerbit untuk mendapatkan kualiti kerja yang terbaik.
“Dengan lambakkan pelakon-pelakon baharu sekarang, saya faham para penerbit lebih memilih mereka kerana bayarannya mungkin lebih murah. Namun, pekerjaan itu mungkin akan menjadi lebih susah.
“Mungkin mereka tak faham skrip atau tak tahu nak melakonkan sesuatu babak itu bagaimana. Pengarah pula kena tunjuk satu per satu. Ia akan menjadi proses yang panjang.
“Kalau ada yang kata harga saya mahal, setidaknya saya boleh memudahkan kerja mereka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga memaklumkan dirinya akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran pada setiap tahun sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain.
“Saya anggap itu sebagai increment.
Kalau harga tersebut diterima, saya anggap ia masuk akal.
“Kalau ada drama yang sukses atau beri impak, ia juga akan menjadi bukti untuk saya menawarkan harga kepada penerbit.
“Ada kalanya, saya tidak terlalu memikirkan sangat soal harga kerana saya mahu bekerja kerana pengarahnya. “Sebagai contoh bersama Eyra Rahman dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.
“Kalau saya minat dengan sesuatu skrip? Ia akan menambahkan lagi keinginan saya untuk bekerja,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai tak dimakan usia, pelakon senior, Datin Seri Nina Juren tampak anggun menerusi penampilan terbaru.
Popular dengan drama Dia Semanis Honey, pemilik penuh nama Haznina Juren Haniff ini kini tampil dengan gaya rambut yang diwarnakan perang putih keemasan.