Penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa syukur kerana dia kini telah dapat kembali menunaikan solat di masjid setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.
Menurut Lufya, sebagai ibu tunggal, dia mahu memanfaatkan setiap waktu yang terluang bersama anaknya dan memperbanyakkan melakukan amal ibadah.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah buat pertama kali setelah lama #dudukrumah kami dapat ke masjid terasa tenang dan bahagia. Inilah hikmah jadi ibu tunggal. Banyak masa untuk anak dan banyak masa nak ‘Me Time With Him’,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa syarat untuk memberikan kebenaran kepada pihak masjid bagi menjalankan program dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Katanya lagi, dikala waktu pandemik ini, kebanyakkan daripada kita amat memerlukan pengisian daripada aspek rohani bagi mengharungi detik yang serba mencabar ini.
“Diharapkan kerajaan boleh benarkan program dan aktiviti keagamaan lebih banyak di masjid. Ramai orang kita yang mengalami kemurungan menghadapi cabaran dan ujian ketika Endemik ini.
“Ubat yang mujarab adalah kita kembali dekat denganNya. Bukan nak mempamerkan yang kita ni orang alim atau baik bila ke masjid, tapi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan fitrah jiwa dan tubuh manusia perlukan bimbingan kerohanian. Jom ke masjid,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Alhamdulillah ya Rab. Nikmat dapat ke rumah Allah. MasyaAllah, happynya princess.
“Syukur, Alhamdulillah.
“Cantiknya wajah dia, MasyaAllah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI