Kurang senang kerana sering menerima komen berbaur lucah dari pengguna media sosial, pelakon Reen Rahim ada meluahkan rasa terhadap apa yang berlaku.
Jelasnya menerusi Insta Stories, dia selalunya memilih untuk tidak melayan atau menyekat saja komen yang sedemikian.
“Penat lah nak block orang-orang bebal ni, selalunya aku akan ignore dan block.
“Tapi hari ni macam nak lah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak, tapi sorry lah kasar bro.
“Artis pun manusia, reti maki gak. Cuma ikut mood,” tulis bintang drama Pujaan Hati Kanda ini sambil disusuli dengan tanpa emoji
Malah dia turut memuat naik beberapa komen yang terkait.
“Alaa adik-adik DM akak minta akak sabar jangan layan, tqsm.
“Tapi memang mood hari ini seronok nak layan kebebalan beliau-beliau.
“Tak effect mood akak pun sayang, akak happy-happy je ni,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Reen Rahim