“Dapat Kurangkan Gimik Atau Kontroversi…,” – Nabila Razali

Share

Nabila Razali atau nama sebenarnya, Nor Nabila Mohd Razali akui tahun 2019 telah banyak memberi pengajaran buat dirinya.

Malah kongsinya lagi, sokongan ramai termasuk dari keluarga dan peminat turut memberi semangat buatnya untuk lebih terus maju.

“Tahun 2019 banyak yang Nabila belajar terutama sekali mengajar saya untuk banyak bersabar dalam banyak perkara.

“Pada tahun ini, banyak yang sentiasa menyokong seperti keluarga, peminat dan saya rasa dengan adanya mereka membuatkan saya terus mahu maju ke depan,” kongsi penyanyi lagu Pematah Hati ini.

Di samping itu, penyanyi berusia 27 tahun ini mengharapkan agar kisah sensasi melibatkan dirinya kurang diperkatakan tahun ini.

“Harap untuk tahun 2020 setiap hasil kerja saya dapat ditingkatkan mutu dan kualiti.

“Di samping itu, saya juga harap tahun ini dapat kurangkan gimik atau kontroversi.

“Malah berharap sangat dapat memberikan impak yang baik, mesej yang positif kepada semua pada tahun mendatang,” harapnya optimis kepada MH.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Vroom Vroom ini ditemui pada MH di Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.

Published by
Nazar Rafiqhi