“Dapat Pegang Tangan Sepanjang Operation,” – Bersalin Anak Ke-3, Haziq Hussni Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri

Share

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Ayunda Putri telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pagi Rabu.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Haziq menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Katanya lagi, dia juga gembira kerana sekali lagi diberikan kesempatan untuk menemani isterinya ketika proses melahirkan cahaya mata perempuannya itu.

“Assalamualaikum. 25/5/2022 9.52 pagi. Seorang lagi puteri telah dilahirkan.

“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT. Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat,” tulisnya.

Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh bersalin ini.

“Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Thank you so much,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Haziq dan isteri.

“Tahniah Haziq dan isteri. Semoga puteri ini jadi permata yang membanggakan ayah dan ibunya nanti.

“Alhamdulillah, welcome on board baby.

“Tahniah Haziq. Semoga isteri dan baby sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Tahniah dan selamat berpantang.

“Semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata Heidy Nufael dan Chayra Aulia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Haziq Hussni

Published by
Aizam Manaf