Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti ada berkongsi momen di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi Anta Permana ini dirakam sedang melakukan aktiviti memanah di sebuah pantai ketika sedang bercuti, lalu ia dikongsikan menerusi Instagram.
“Alhamdulillah, dapat peluang memanah lagi sambil bercuti. Tq @panah_lagenda,” tulisnya ringkas pada posting video dan foto berkenaan.
Lantas, perkongsian penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Jerat Percintaan ini menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut berkongsi rasa teruja apabila menonton perkongsian Tok Ti.
Hingga kini, entri berkenaan sudah pun mendapat lebih 40,000 tanda suka.
Video: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hilang Lawak Saya, Yang Menitis Cuma Air Mata,” – Doa Peminat Cilik Di Hospital Buat Zizan Sebak, Titip Doa Moga Adik Puteri Cepat Sembuh, Kuasa Allah Tiada Yang Mustahil
Zizan Razak ada berkongsi satu video yang merakamkan sekitar sesi kunjungannya ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menziarahi peminat cilik istimewanya, adik Puteri Nur Zulaika yang sedang mendapatkan rawatan di sana.
Menerusi video yang berdurasi kira-kira lima minit itu, Zizan antara lain sempat berbual sambil mengisi masa bersama kanak-kanak berkenaan selain turut melakukan sesi panggilan video bersama rakan artis, Johan.
Bagaimanapun, video yang dikongsi itu turut menjentik jiwa warga maya apabila bintang filem Bulan & Pria Terhebat itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila adik Puteri turut menitipkan doa buat artis kesayangannya itu.
Zizan menyifatkan ia tangisan yang di luar kawalan.
“Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri.
“Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu.
“Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Johan dan Aedy Ashraf yang turut bertanya khabar buat peminat ciliknya itu.
“Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah.
“Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin.
“Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. Amin,” pohon Zizan.
Serentak dengan perkongsian video yang sudah pun ditonton lebih 300,000 kali itu, para peminat termasuk selebriti turut menitipkan doa, berharap agar adik Puteri segera sembuh.
Terdahulu menerusi platform sama, Zizan turut memuat naik beberapa foto bersama adik Puteri yang turut mendapat perhatian para peminat setianya.
View this post on InstagramA post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Foto: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampilkan 50 Jelitawan Berarak Di Bukit Bintang, Rizman Ruzaini Sukses Cipta Sejarah; “Wajah Inilah Yang…”
Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang! Itu momen tersendiri menerusi jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini pada Selasa yang tampil membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Perarakan berkenaan terdiri daripada 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial.
Sudah pastinya, paling mencuri tumpuan apabila kesemuanya tampil mengenakan persalinan Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman, walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama ia dilakukan di Kuala Lumpur.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.
Artikel Berkaitan;
Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu mereka, Basic Tote Beg.
Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui laman web rasmi mereka.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya lagi.
Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mooboo Ibu Pada 7 Anak Bulus,” – Kucing Mati Terkena Jangkitan Virus, Saiful Apek Luah Sayu, Pencinta Kucing Turut Sedih
Pelakon dan pelawak, Saiful Apek berkongsi khabar duka apabila seekor kucing betina peliharaan yang dipanggil Mooboo mati akibat terkena jangkitan virus, baru-baru ini.
Menurut Saiful, akibat virus berkenaan, Mooboo yang berusia lebih 5 tahun itu mengalami kerosakan saraf badan.
Perkara tersebut dikongsikan Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff menerusi satu hantaran di Instagram.
“Mooboo (5 tahun +) ibu pada 7 anak-anak bulus, yang sangat gigih dan penyayang sepanjang hidupnya, kini telah pulang pada Pencipta setelah terkena jangkitan virus yang merosakkan seluruh saraf.
“Tiada kata yang dapat diungkapkan, hanya kasih sayang dan kerinduan yang teramat sangat dalam keadaan yang penuh redha dengab ketentuan NYA, kerana segalanya adalah pinjaman & sementara,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rat peminat turut menzahirkan rasa sedih terhadap perkongsian pelawak berusia 52 tahun itu.
“abanggku sedihnyaaa,” tulis seorang wargamaya.
“Ready n Redha kan bang .. selamat jalan syg.. mende paling sakit tp hakikat kita semua pinjaman … semoga abg n akak tabah…,” titip netizen yang lain.
“be strong abg,” tulis lagi seorang peminat.
“Ya Allah sedihnya,” luah peminat.
“Selamat berehat Mooboo. Semoga tenang dan aman. Sayang Mooboo,” antara komen yang ditinggalkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Saiful Apek
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI