Pelakon, Ashraf Muslim mengakui dirinya berasa terkesan selepas bertemu dengan seorang warga emas yang telah kehilangan tempat tinggal gara-gara musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang baru-baru ini.
Menurut Ashraf, akibat banjir yang terlampau teruk, struktur rumah warga emas tersebut dikhabarkan telah terbelah dua dan kesemua perkakasan rumah telah hanyut dibawa arus.
“Bismillahirrahmanirrahim. Misi Banjir kali ini menemukan AM bersama Pakcik Baharudin dari Kampung Lechar, Dong, Raub. Sedih bila memdengar rintihan Pakcik Baha setelah banjir melanda sehingga rumahnya terbelah dua.
“Rumah yang disayangi ini sama dgn umurnya 71 tahun. Dari beliau lahir sehinggalah sekarang, inilah dugaan yang agak besar dalam hidup beliau. Sedihnya bila pakcik cakap inilah rumah untuk dia habiskan sisa-sisa hidupnya. Allahu,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ashraf turut berdoa semoga warga emas tersebut diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar itu.
“Rumahnya terbelah dua yang agak jauh dan penuh dengan lumpur, barang-barang semua dah bersepah tak tahu ke mana dibawa arus banjir sebelum ini. Ya Allah! Bantulah pakcik Baha supaya beliau dapat kehidupan yang lebih baik dan tenang.
“AM dapat rasakan kesedihannya bila bercakap, berair-air mata pakcik ni. Sampai sekarang AM masih terbayang-bayang rumahnya itu dan terfikir setinggi manalah air banjir tu sampai dapat gerakkan rumah pakcik Baha. Allahuakbar,” katanya lagi.
Sementara itu, Ashraf turut menyeru orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi meringan beban buat mereka yang terjejas akibat banjir.
“Terima kasih YM Tengku Aslahuddin dgn kehadirannnya dapat memberi semangat kepada pakcik Baha. Terima kasih kepada #GengPanahBerapi atas semangat dan pengorbanan masa,tenaga dan kewangan.
“Sumbangan Mangsa banjir, frontliners dan asnaf serta mereka yang susah boleh melalui Bank Islam : 14195020079140
(Mohd Ashraf Muslim),” akhirinya.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim