Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan jenazah arwah bapanya, Muslim Bulat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Bapa kepada pelakon berusia 40 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.37 pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.
Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram, Ashraf meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan melakukan solat jenazah arwah sehingga pengembumian selesai.
Dalam pada itu, Ashraf memberitahu bahawa dia kini reda dengan pemergian bapa tercinta.
Ads
“Pemergian ayah yang dirindui Semalam telah pergi seorang ayah yang membesarkan aku, sedih tak terkira hati ini.
“16 tahun dulu aku telah kehilangan seorang mak yang kusayang kali ini Allah ambil ayah pulak.
“Ada sebab kenapa Allah ambil mereka dulu. Ini adalah dugaan untuk semua. Banyak dipelajari dalam hidup ini, bertabahlah,” tulisnya.
Sambil menyatakan rasa rindu, Ashraf pada masa sama turut menyifatkan situasi yang berlaku tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Ads
“Wahai hati.. terimalah dengan redha dgn takdir Allah swt. Ini adalah terbaik utk ayah walaupun pahit utk aku dan adik beradik tapi bg Allah ini adalah jalan terbaik untuk ayah.
“Alhamdulillah, dari kelantan all the way sempat sampai ppum dan dapat solatkan utk ayah, bersama seketika dengan ayah sehingga ke liang lahad, syukur buatku.
“Pengalaman ini takkan ku lupa sampai mati. Along rindu ayah, banyak perkara Along nak buat ngn ayah tapi tak kesampaian. Ralat dihati ini.
Ads
“Tapi Aku faham , Allah yang tetapkan segala-galanya. Nak kata rindu mmg rindu gila lah.. mana taknya orang yg kita sayang dalam masa yg singkat tiba-tiba hilang dari pandangan kita kan. Allahuakbar.
“Ayah.. miss you so much. Along akan jaga adik2 dengan baik. InsyaAllah.. Allah akan tempatkan ayah bersama mereka yang beriman,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Aahraf pernah memaklumkan tahap kesihatan bapanya semakin merosot selepas jantung dan beberapa organ dalamannya telah rosak akibat jangkitan Covid-19.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin ada berkongsi cerita bersama netizen menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebook ML Studios.
Kongsi pelakon drama bersiri Adellea Sofea ini, dia pernah gemuk dan mengalami masalah berat badan, sekitar pada tahun 2009 lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dirinya juga pernah mengalami masalah kulit berjerawat ketika melanjutkan pengajian di luar negara di Afrika.
“Saya agak gemuk selama tiga bulan masa tu saya belajar di Afrika dan pada satu malam tu laptop saya kena curi.
“Saya tak boleh nak buat apa dan laptop itu milik rakan saya. Selepas kejadian itu saya tak ada aktiviti untuk dibuat jadi saya memasak.
“Afrika adalah negara pertama yang saya pergi belajar di luar negara dan saya bebas untuk membeli makanan saya sendiri.
“Sebab ibu saya seorang yang mengamalkan makanan sihat jadi dia tak akan benarkan saya makan benda yang dia rasa tak sihat jadi saya ada kebebasan oleh itu saya makan betul-betul.
“Kadang-kadan saya makan nasi goreng 2 pinggan, saya akan beli mee 2 pinggan sampai berat badan saya pernah 62kg,” kongsi Jasmine jujur.
Ikuti temu bual lengkap bersamanya di sini;
Mak ai power gila rambut dia dulu.https://mlstudios.my
Pelakon dan model, Meerqeen mengakui dia kini memilih untuk lebih selektif menerusi mana-mana naskhah yang bakal dijayakan bagi memastikan prestasinya dalam lakonan berada pada tahap yang baik.
Meerqeen, atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menambah, dia juga mahu cabar diri dengan membawa watak seorang psiko.
“Untuk mengekalkan nama dalam industri, saya akui perlu lebih menjadi lebih selektif dan ‘a bit choosy’ dalam memilih projek lakonan selepas ini.
“Kalau saya main ‘kaut’ sahaja, risau nanti peminat akan cepat bosan dengan peranan yang dibawa susulan watak yang mungkin lebih kurang sama dengan projek terdahulu.
“Pada masa sama, saya sudah pun menetapkan haluan karier sendiri dari awal dan tahu apa yang saya perlu buat untuk fasa seterusnya.
“Banyak sahaja watak yang ditawarkan namun di antaranya yang paling saya idamkan adalah karektor psikopat. Lagi ‘gila’ watak psikopat itu, lagi saya mahukannya,” katanya kepada MH.
Bintang drama Melur Untuk Firdaus ini berkata demikian ketika ditemui di Sesi Uji Bakat HeroDewi Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen kini sibuk menyelesaikan baki penggambaran beberapa buah projek lakonan dan komersial.
“Saya kini ada komitmen penggambaran drama bersiri untuk siaran Astro bersama beberapa nama besar yang lain.
“Apa yang boleh saya kongsikan, drama ini mampu memberi nafas baharu kepada karier saya kerana perlu melibatkan diri dalam adegan aksi.
“Kiranya ia sangat berbeza dengan apa yang saya pernah lalui sebelum ini,” katanya lagi.
Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan Aniq Suhair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!