Penyanyi senior, Noorshila Amin ada memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi lagu Rambu Ramba ini, memaklumkan terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab didakwa telah mengunakan fotonya dalam kegiatan penipuan atas talian atau ‘scammer’.
Lalu, penyanyi berusia 56 tahun ini menjelaskan bahawa individu tersebut bukan dirinya yang sebenar.
“Mama dapat tahu ada orang guna gambar mama dan jadikan profile picture whatsapp dia lepas tu dia buat group whatsapp.
“Mama nak semua tahu bahawa itu bukan mama, mama takde buat pape group whatsapp,” tulisnya menerusi InstaStory miliknya.
View this post on InstagramA post shared by 💎NOORSHILA AMIN | MamaShila💎 (@noorshilaamin) on
Selain itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini memberi nasihat kepada peminat untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan atas talian.
“Sekarang ni zaman Scammer dan Penipu berleluasa tau. Jadi, kalau ada benda2 yang tak pasti..please direct DM Mama.
“Mama taknak orang salah guna nama dan gambar Mama. So, berhati-hati ye. Thank you Norlie sebab maklumkan kat Mama cepat. #mamashila #fighter #newproject,” tulisnya.
Foto: Instagram Noorshila Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadiah Istimewa Buat 30 Atlet Olimpik Tokyo, Teh Tarik Place ‘Belanja’ Teh Tarik & Makanan Seumur Hidup!
Menyedari pengorbanan dan sumbangan jaguh sukan, Teh Tarik Place memberikan penghargaan dengan mengumumkan pemberian teh tarik dan produk makanan sepanjang hayat kepada semua atlet Malaysia yang mewakili negara di dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, restoran berkenaan yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua di Brunei menyatakan sumbangan tersebut selain mengharapkan semua rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada atlet negara yang sudah menaikkan nama negara di persada dunia.
Menurut Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, pengorbanan semua atlet harus dihargai.
“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet di sepanjang Sukan Olimpik ini berlangsung.
“Objektif kami adalah untuk memberi sokongan selepas mereka balik ke tanah air. Apa yang akan kami beri kepada mereka adalah teh tarik dan makanan percuma untuk seumur hidup,” katanya.
Beliau pada masa sama berharap usaha Teh Tarik Place ini menjadi contoh kepada pihak lain untuk terus menghargai para atlet negara.
“Teh Tarik Place berharap selepas inisiatif yang kami lakukan, lebih banyak lagi organisasi lain datang tampil ke hadapan untuk memberi penghargaan kepada para atlet yang telah mewakili Malaysia pada temasya Olimpik 2020.
“Mereka ini boleh memberi semangat kepada para atlet lain untuk turut mengharumkan nama negara di mata dunia.
“Jadi kami berharap lebih banyak syarikat lain tampil untuk memberikan sumbangan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara ini,” jelasnya lagi.
Teh Tarik Place merupakan anak syarikat kepada Craveat International dan juga rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa; TGI Fridays di Malaysia dan China.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin mengakui sangat mengagumi semangat Olimpian negara.
“Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin diperlukan untuk menguasainya (pertandingan) dan prestasi ditunjukkan atlet negara adalah pencapaian besar.
“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia di Tokyo,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Thank You Suamiku,” – Izreen Azminda Sambut Hari Jadi Dengan Suami, Romatis Habis!
Pelakon versatil, Izreen Azminda telah meyambut hari ulang tahun kelahirannya, malam tadi.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, suami kepada pelakon yang berusia 34 tahun itu telah menyambut hari istimewa tersebut.
“Tq suami ku.. I love you so much.. @udewahid #izreen34tahunsudah,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B1y9LKbn5DMVd44d0m16vjqehOTBuj3Om9fwu80/?igshid=ik10d778dgke
Bintang kelahiran Kangar, Perlis itu telah dilahirkan pada 30 Ogos 1985.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Gambar : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Masuk Raudhah Dengan Mudah, Lufya Omar Syukur Dapat Solat Saf Depan
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Lufya Omar baru-baru ini berkesempatan ke Raudhah dengan mudahnya, meski dihimpit jutaan manusia.
Katanya, dia bersyukur kerana dapat mendirikan solat di saf (barisan) hadapan.
“Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤
Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25.
“Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah),” kongsinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kai ke Raudhah.
“Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. ..
❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya.
❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga..
❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah
❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. .
❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. ..
❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain…
❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Disamping itu, anak kelahiran Johor itu juga berkongsi beberapa aktiviti sepanjang berada Tanah Suci.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Terdahulu, pelakon itu telah berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu lalu dan meninggalkan anaknnya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Foto: Instagram Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI