Penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali Zynakal berkongsi cerita mengenai statusnya iaitu seorang anak angkat yang dijaga ibu angkat sejak bayi.
Malah, bintang berusia 22 tahun ini tidak pernah mengenali ibu dan bapa kandungnya sendiri.
“Sebenarnya saya anak angkat (anak tunggal), saya ada lapan orang adik beradik dimana saya tak kenal mereka. Saya juga tak kenal ibu bapa saya.
“Saya dapat tahu perkara ini ketika saya berumur 10 tahun. Ketika itu saya mencuri alat permainan yoyo dan kemudian saya dibawa ke balai.
“Ibu (ibu angkat) saya ketika itu nampak tertekan dan terus berkata “kau tahu tak kau tu anak angkat?” kongsinya menerusi video di Yotube Indigital Music.
Dalam masa sama, anak kelahiran Pulau Pinang ini mengakui bahawa kasih sayang seorang ibu bagaikan sudah ‘hilang’.
“Lantas, saya menangis dan saya dapat rasakan aura kehilangan seorang ibu.
“Ketika itu, saya lihat perasaan seorang ibu itu ‘hilang’ dalam diri saya,” jelasnya.
Mendedahkan hal sebenar, dia turut berkongsi cerita saat ‘pertukaran’ anak dilakukan antara ibu kandung dan ibu angkatnya kini.
“Percubaan untuk mencari ibu kandung saya buat masa sekarang ini belum lagi. Cuma saya dapat tahu ibu kandung saya ialah seorang pengemis.
“Ibu angkat saya berjumpa dengan ibu kandung saya ketika melahirkan saya. Jadi, ibu angkat yang tolong ibu kandung saya untuk menjaga saya,” jujurnya yang memulakan karier sebagai komposer lagu Sabar, nyanyian Ismai Izzani.
Merancang mahu mencari ibu bapa kandungnya, Zyn bagaimanapun mahu menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu kerana mahu membalas jasa ibu angakatnya terlebih dulu.
“Perancangan untuk mencari ibu bapa kandung itu memang ada, Insyallah kalau ada rezeki
“Tapi buat masa sekrang saya tangguh dulu kerana saya sedari saya belum mampu balas jasa ibu angkat saya lagi
“Yelah ibu angkat pun dah jaga saya sejak kecil, kalau tak ada dia, tiadalah saya disini,” akhirinya.
Ikuti kisah penuh penyanyi lagu Sakit ini menerusi video di bawah:
Video : Youtube Indigital Music