Tahniah diucapkan buat pelakon, Mia Ahmad yang kini sedang hamil anak kedua.
Gembira kerana kandungannya kini mencecah usia empat bulan, Mia seperti yang dipetik Harian Metro memberitahu, dia bersyukur kerana setakat ini, dirinya tidak mengalami alahan yang teruk.
“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.
Ads
“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya yang dijangka bakal melahirkan anak keduanya Jun depan.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, pelakon ini turut berdoa agar semuanya dipermudahkan selain meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
Ads
“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah.
“Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Ads
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kiri berusia 14 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 39, tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof yang dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.
Menurut Puteri Sarah, dia enggan mengeruhkan keadaan susulan hal yang diperkatakan ramai ketika ini.
“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.
“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.
“Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya.
Puteri Sarah turut menambah, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.
“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan Syamsul sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Ia adalah pernikahan kedua Syamsul selepas berpisah dengan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari tahun lalu, Syamsul mengakui sudah menikahi Ira di Thailand, sekaligus meleraikam teka-teki perhubungannya dengan wanita berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah tangkap layar yang memaparkan luahan seorang isteri yang mengadu mengenai tindakan suaminya yang ingin menjatuhkan talak seandainya dia memilih untuk menerima suntikan vaksin.
Insiden tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati ramai pihak termasuklah buat pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, dia sebolehnya tidak mahu menyentuh mengenai soal hukum agama, namun, sebagai seorang suami, Fizo merasakan tindakan individu tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Katanya lagi, pihak jabatan agama juga pernah menerangkan kepadanya seandainya kita memilih untuk tidak divaksin, hukumnya boleh menjadi haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang-orang di sekeliling kita.
“Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan. Abe joe tak boleh sentuh pasal hukum ni, tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot yea awak #antivaksin sekalipun, bukanlah sampai tahap jatuh talak bro.
“Pasal vaksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya HARAM di sisi agama kita. Itu apa yang saya diberitahu lah,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Fizo turut menambah, soal pengambilan vaksin ini juga tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia telah pun diperakui bukan sahaja daripada jabatan agama tetapi juga daripada badan-badan kesihatan dunia.
“Lagipun, pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus di ambil.
“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu #antivaksin ni. Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vaksin dah pun di suntik dalam badan kita, alhamdulillah smpai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mengkritik tindakan individu berkenaan.
“Dah memang jatuh talak kalau but syarat macam tu. Kesian isteri.
“Allahu, punyalah anti-vaksin janganlah sampai main talak ni.
“Allahu sedih baca. Sampai macam tu sekali.
“Sombongnya manusia. Tak bersyukur apa yang dianugerahkan oleh yang maha esa,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fizo turut menyifatkan pengambilan vaksin ini sebagai salah satu cara untuk kita semua berikhtiar menjaga amanah kesihatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
“Allah suka melihat hambaNYA ikhtihar dan berusaha utk menempuhi dugaan yg dihantar kpd kita semua. We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner! Allahualam,” akhirinya.
Sumber: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam meninggal dunia, namun karya-karya lawak dan komedi yang dijayakannya terus menjadi antara kenangan terindah buat peminat setianya.
Kehilangan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pastinya lebih dirasai ahli keluarga lebih-lebih lagi balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah berusia tiga tahun.
Hidayah sering berkongsikan perkembangan anaknya itu menerusi laman sosialnya dan baru-baru ini sebuah video di aplikasi TikTok memperlihatkan Hamzah sedang mengucup gambar arwah bapanya cukup meruntun hati netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan perkongsian tersebut malah turut mendoakan agar Hamzah menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
“Kesian dia kecil-kecil dah tak ada ayah, kita doakan semua… Al-Fatihah.
“Allahuakbar sayang Hamzah juga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
“Hamzah anak yang baik, jadi seperti ayah Hamzah ya. Al-Fatihah Abam, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Allahu, jatuh air mata aku tengok anak comel ni siap panggil ayah… semoga sihat selalu.
“Anak yang kuat dan ibu yang hebat,” komen netizen.
Sekadar informasi, Abam mendirikan rumah tangga dengan Hidayah, 31, pada Disember 2017.
Allahyarham Abam yang merupakan anggota kumpulan pelawak Bocey menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Jenazah Abam disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Singapura, Roziana Cindy mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi pertama dari negara itu yang berkolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda menerusi single sulungnya,...