Tahniah diucapkan buat pelakon, Mia Ahmad yang kini sedang hamil anak kedua.

Gembira kerana kandungannya kini mencecah usia empat bulan, Mia seperti yang dipetik Harian Metro memberitahu, dia bersyukur kerana setakat ini, dirinya tidak mengalami alahan yang teruk.

“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.

IKLAN

“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya yang dijangka bakal melahirkan anak keduanya Jun depan.

Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, pelakon ini turut berdoa agar semuanya dipermudahkan selain meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.

“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah.

“Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi seperti yang dipetik.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kiri berusia 14 bulan.

Foto: Instagram Mia Ahmad