“InsyaAllah Bebas Gastrik, Tekanan Darah Tinggi Kembali Normal,” – Selepas Saluran Ulu Hati Dikesan Longgar, Ziana Zain Jalani Rawatan

Share

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain memaklumkan telah selamat menjalani rawatan pemulihan penyakit gastrik yang dikenalikan doktor pakar, Dr. Mustafa Mohammad Taher.

Menurut Ziana, antara punca dia kerap diserang gastrik adalah disebabkan saluran ulu hatinya yang telah longgar.

“Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat mejalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. @dr.mustafamt menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar. Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu,” tulisnya.

Perkahabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Puncak Kasih ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Menerusi entri yang sama, Ziana turut berkongsi sepotong video yang memaparkan perjalanannya sewaktu menjalani prosedur berkenaan.

Lantaran itu, ibu kepada empat orang cahaya ini berharap agar rawatan ini dapat menyembuhkan penyakitnya dan mampu menjalani kehidupan secara normal.

“Alhamdulillah berkat dari kepakaran Dr. Mustafa Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa.

“InsyaAllah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal. Aamin,” titipnya.

Dalam pada itu, Ziana turut menyeru kepada semua pihak untuk kerap menjalani pemeriksaan agar penyakit-penyakit seperti ini dapat dicegah daripada awal.

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa Rawatan Bariatic ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetic juga.

“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasaalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga penyanyi kesayangan ,ereka itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“SyafakIllah. Semoga cepat sembuh kakak. Amin.

“Moga Allah permudahkan urusan Kak Ziana.

“Semoga kak G sentiasa dalam lindungan Allah SWT hendakNya. Amin ya rabbal alamin.

“Semoga Kak Ziana sentiasa diberi kesihatan yang baik aamiin.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik dan badan yang sihat… InsyaAllah Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Baru-baru ini, Ziana memaklumkan dirinya telah nekad untuk menjalani rawatan pemulihan gastrik selepas sedar mengenai gangguan tersebut sejak dari tahun 2018.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ziana Zain

Published by
Aizam Manaf