Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan mengenai detik menakutkan yang menimpa suaminya yang juga merupakan aktor, Kamal Adli yang cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
Ads
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
Ads
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Uqasha juga akui risau apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
Ads
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun 2018 sememangnya merupakan tahun yang rancak buat industri filem Malaysia.
Apa tidaknya, lepas satu-satu filem yang mencecah kutipan jutaan ringgit serta ramai yang berpuas hati dengan sajian filem tahun ini.
Pada MH, mungkin ada yang dah lupa senarai filem yang pecah panggung tahun ini oleh itu, kami imbau kembali 5 filem yang laku keras tahun ini.
1. Polis Evo 2 (RM20 Juta)
Mula ditayangkan sejak 22 November lalu dan mencecah angka ‘box office’ dengan begitu cepat sekali.
Namun yang pasti, MH cukup suka dengan skripnya yang memang ‘deep’ dan sampai ke lubuk hati.
2. Munafik 2 (RM 47 Juta)
Filem ini merupakan antara yang dinanti-nantikan ramai apatah lagi filem pertamanya dahulu berjaya pecah panggung termasuklah di Indonesia.
Untuk filem kedua ini, jalan cerita lebih berat serta dibarisi barisan pelakon handalan membuatkan ia satu nashkah yang bagus sekali.
3. Paskal The Movie (RM30.5 Juta)
Rata-rata penonton yang menonton filem ini memberikan review terbaik dan ternyata sangat bangga apabila melihat tugas sebenar kerjaya sebagai seorang tentera di Malaysia.
Dalam pada itu, pengulas filem turut memberikan pujian melambung kepada para pelakon dan pengarahnya, Adrian Teh. Tidak hairanlah ia mampu mengutip lebih RM30 juta kan?
4. Hantu Kak Limah (RM36 Juta)
Filem ini sememangnya sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Malah, hari pertama pembukaannya sahaja sudah menyaksikan jualan tiket mencecah RM1 Juta. Hebat!
5. KL Special Force (RM12.2 juta)
Dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Puteri Balqis dan ramai lagi, MH sangat suka dengan jalan cerita serta aksi yang diberikan dalam filem ini.
Malah, boleh dikatakan Kl Special Force merupakan filem pembuka tirai 2018 yang baik sekali.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana ada berkongsi foto bersama dua orang anaknya, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Malah, foto tersebut disertakan kapsyen sebagai motivasi untuk diri sendiri dan secara umum.
“Aku tak bisa mengubah arah angin..tapi aku bisa menyesuaikan layar untuk mencapai impian…bonda sayang anak2 bonda…bonda akan buat yg terbaik tuk muqri’s”,” tulisnya.
Bagaimanapun, Intan merasakan bahawa ada sahaja mulut-mulut netizen yang masih mengaitkan kisahnya dengan bekas suami.
Tidak hanya berdiam diri, Intan memuat naik status terbaru.
“Caption macam ni pun nampak macam kita raih simpati ke? or boleh buat org komen bukan2 tuk pihak sane? Rasanya caption tuk diri sendiri.. If kalau rasa meluat or rasa bonda ni jahat, tak payah tengok IG bonda senang citer..
“Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana.
“Please la bonda pun ada kehidupan sendiri. Bukan aku hidup dengan dia je.. Aiyyooo!,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, rata-rata netizen memuji sifat tabah dan kuat ibu tunggal itu.
Untuk rekod, Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, dan Ariq Muqri. Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Sebelum itu, Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan Sabtu lalu.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.
Foto : Instagram Intan Liana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui dia banyak memberikan nasihat kepada dua anak terunanya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra dalam menjalani hidup sebagai seorang lelaki.
Katanya antara nasihat yang diberikannya ialah mengenai disiplin dan ketetapan masa.
“Nasihat yang sering saya bagi ialah mengenai ketetapan masa. Ia agak penting, tak kisah sama ada dengan ibu bapa, rakan atau bila sudah bekerja pada masa depan. Kena patuhi masa.
“Pada masa sama, mereka juga perlu pandai jaga diri kerana secara tidak langsung, mereka juga bawa nama saya. Orang kalau cakap fasal anak, mesti akan cakap oh anak Che ta. Kalau mereka sayang saya, kena jaga nama saya juga.
“Sebab bukan senang untuk kita bina nama sehingga pada tahap sekarang,” jelas Che Ta.
Sementara itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga mengharapkan ketiga-tiga anaknya juga membesar sebagai individu yang bertanggungjawab.
“Secara dasarnya mereka memang ada passion terhadap apa yang dilakukan, pengajian dan masing-masing ada cita-cita tersendiri. Jadi pada masa depan, harapnya mereka turut ada rasa tanggungjawab.
Ditanya mengenai adakah anak-anak turut berkongsi mengenai teman rapat, Che Ta tidak menafikan perkara tersebut malah turut memberikan nasihat dan panduan.
“Ada juga tanya mengenainya. Kalau anak lelaki saya ada berkawan dengan mana-mana perempuan, saya selalu memberikan nasihat, on behalf kepada perempuan itu,” terangnya lagi.
Terdahulu, Che Ta juga bakal mengadiri program Nona #superwoman anjuran Majalah Nona Disember depan.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...