Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dirinya telah terlibat dalam satu insiden kemalangan yang tidak disengajakan sewaktu menjalani penggambaran drama Demi.
Menurut Ashraf, rakan pelakon, Kith Foo dikatakan tidak sengaja menumbuk hidungnya dengan kuat sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.
Bagaimanapun, Asyraf menyifatkan insiden tersebut merupakan perkara biasa di dalam dunia lakonan.
“Sewaktu menjalani penggambaran di Bukit Fraser, ada berlaku kemalangan kecil ketika melakonkan satu babak. Kith Foo tak sengaja menumbuk saya sehingga tercedera di bahagian hadapan hidung.
“Namun, saya anggap insiden tersebut adalah normal dalam dunia lakonan. Kadang-kadang ada risiko yang kita tak perasan. Bila dah terjadi kita kena tanggung sendiri. Walau pun dah berlatih, kalau nak jadi, tetap jadi juga,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 40 tahun ini turut memberitahu dia terpaksa memandu sendiri untuk turun daripada Bukit Fraser bagi mendapatkan rawatan.
Ads
Lantaran itu, dia terpaksa menangguhkan segala aktiviti penggambaran kerana dirawat di hospital selama lima hari .
“Saya boleh katakan ini merupakan antara kecederaan yang paling serius sepanjang bergelar pelakon. Selepas kejadian tersebut, saya terpaksa turun daripada Bukit Fraser kerana di situ tiada klinik atau hospital pakar.
“Saya terpaksa turun dengan keadaan trafik yang agak sesak sebab hari minggu. Perjalanan tu jadi dua jam. Saya terpaksa berhenti di tepi jalan sebab nak muntah dan darah berjujuran.
Ads
“Saluran hidung pecah. Jadi, saya terpaksa ditahan di wad hampir lima hari,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah kejadian tersebut membuatkan dirinya fobia untuk kembali melakonkan babak-babak pergaduhan, Ashraf memberitahu, dia cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Selepas itu saya sambung penggambaran semula. Saya Kith jadi agak risau juga. Bila ada babak tolak menolak kami dah seram.
Ads
“Saya tidalah serik cuma saya akan lebih berhati-hati sahaja. Sebelum mula penggambaran, sebaiknya ada rehearsal dahulu supaya kita dapat gambaran sesuatu babak dan mengelak daripada kecederaan.
“Saya dah berlakon hampir 20 tahun. Insiden seperti ini tetap boleh berlaku walaupun ini bukan drama aksi tapi perkra seperti ini boleh terjadi,” akhirinya.
Terdahulu, drama Demi kini sedang ditayangkan di saluran TV Okey pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 9 malam.
Selain Ashraf, drama sarat emosi ini turut akan menampil barisan pelakon seperti Keith Foo, Puteri Aishah, Riz Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, Puteri Erma berkongsi mengenai keadaan terkininya selepas selesai menjalani pembedahan membuang rahim.
Pembedahan tersebut terpaksa dibuat sebaik sahaja Erma selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Isnin.
Menurut Erma, dia kehilangan banyak darah disebabkan dua prosedur tersebut.
“Dua kali mommy masuk bilik bedah sebab tumpah darah yang banyak sangat dalam empat liter. Infuse darah pun banyak.
“Pertama kali perut dijahit, tak sampai beberapa jam mommy masuk balik bilik OT operate buat kali kedua.
“Kali kedua masuk OT stapler perut pula. Doktor czer melintang sampai pusat,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Erma merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kash semua yang mendoakan saya dan baby. Saya belom beberapa kuat untuk baca semua dm tapi saya dapat banyak DM. Baru harini dapat tengok handphone.
“Hari-hari sebelum ni memang tak tengok handphone langsung. Memang keadaan sangat melemahkan. Nasib bius. Itu yang buat tak sedar. Sedar-sedar sudah dekat ICU.
“Ni dari kelmarin tak dapat tidur sebab mommy diarrhoea alergic ubat one of an antibiotics. Lagi lemah badan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Erma juga reda dengan ketentuan Illahi selepas dia kini sudah tidak boleh hamil lagi.
“Terima kasih sangat yang mendoakan. Mungkin Allah angkat doa-doa korang semua. Ini yang terakhir sebab doktor dah keluarkan organ yang bernama rahim.
“Dah jangan tanya lagi. Memang rezeki anak dua je Allah bagi Syukur alhamdulillah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aril dan Puteri Erma
telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Disember 2013 turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tun Adriel Mikael.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Erma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Terbaru, isteri kepada Hanif Zaki itu telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia telah berkongsi pengalamannya semasa mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
“@hanif_zaki pesan tengah mengandung ni tak perlu kerja tapi bila duduk rumah bosan pula..Bila active kan diri rasa sekejap sangat masa berlalu, diam tak diam dah nak masuk 7 bulan Anzalna hamil..Alhamdulillah..
“Produk @nr.mustajab banyak membantu Anzalna sepanjang Anzalna hamil. Anzalna akan kongsikan produk yang bagus untuk ibu yang sedang hamil di luar sana supaya kita kekal bertenaga dan sihat. InsyaAllah. #BTS”tulisnya.
Baru-baru ini video memaparkan anak kedua pelakon Wawa Zainal yang sedang bersolek sambil diiringi lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.
Terbaharu, menerusi Insta Story Wawa, aktres ini ada berkongsikan luahannya berhubung tindakan netizen yang kini senang-senang melabelkan ‘syurga neraka’ seseorang individu itu.
Dalam perkongsian itu, Wawa atau sebenar, Nurul Hawa Zainal Abidin, 31, memuat naik tangkap layar (screen shot) komen yang ditinggalkan seorang individu berhubung ‘keterlanjuran’ pelakon itu yang memuat naik video anaknya sebelum ini.
Menerusi komen itu, individu tersebut menegur perbuatan Wawa.
“Ada yang kata ala lagu je. Takpelah kalau dah kata macam tu. Allah akan membalas setiap apa yang kita buat atas muka bumi ni.
“Atas dunia bolehlah bagi seribu satu alasan, dekat akhirat mana mahu lari. Neraka tunggu penghuninya,” tulis individu berkenaan.
Tidak berdiam diri, Wawa kemudiannya memberi respon terhadap komen tersebut dengan menulis, “Pulak dah. Yela, kau seorang je ahli syurga. Takutlah netizen sekarang, siap tentukan syurga ke neraka.”
Terdahulu, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magrifatul Adzkiyaa yang sedang bersolek menggunakan produk keluaran pelakon tersebut.
Dalam video tersebut, Hayla menggayakan dres berwarna hitam sambil mengikuti ‘trend challenge’ yang popular di TikTok, mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.
Rata-rata netizen menegur lagu Bloody Mary yang dimainkan dalam video itu tidak berapa sesuai dan menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif supaya mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...